Berita Auto

Ariel Atom Kini Dengan Jantung VTEC Turbo!

Ariel Motor Company telah memperkenalkan Atom generasi keempat (Atom 4), yang kini dikuasakan oleh salah satu enjin 2.0-liter paling berkuasa dalam pasaran sekarang iaitu VTEC Turbo.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut pengeluar dari England itu, walaupun Atom 4 tampil tidak jauh berbeza dengan model-model sebelum ini, setiap panel badan, enjin, casis dan suspensinya adalah baharu. Hanya pedal dan penutup tangki minyak diambil dari model terdahulu.

ariel-atom-4

Berbalik kepada enjin, unit empat silinder yang dibangunkan untuk Honda Civic Type R itu menghasilkan 320 PS dan 420 Nm dengan bantuan daripada ECU yang ditala sendiri oleh Atom.

ariel-atom-4 (2)

Juga terdapat adalah Traction Control dan Launch Control, dan pemandu juga boleh mengawal tahap ‘boost’ enjin tersebut seperti yang ditawarkan oleh mod Comfort, Sport dan R+ pada Civic Type R.

ariel-atom-4 (4)

Dengan kotak gear manual enam kelajuan dan ‘limited-slip differential’, jentera ini hanya memerlukan 2.8 saat untuk memecut dari 0 hingga 96 km/j dan 6.8 saat untuk memecut dari 0 hingga 161 km/j. Ia boleh mencapai kelajuan maksimum yang mengagumkan iaitu 261 km/j.

ariel-atom-4 (3)

Casis baharu Atom 4 adalah 15% lebih tegar, serta lebih luas dan selamat jika dibandingkan dengan model sebelum ini. Ia dipadankan dengan peredam Bilstein yang didatangkan standard, namun pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan peredam Ohlins.

ariel-atom-4 (1)

Selain itu, Ariel turut menawarkan rim gentian karbon yang dikatakan 50% lebih ringan berbanding rim standard.

Previous post

Nissan GT-R Generasi Seterusnya Akan Jadi Kereta Super Sports Terpantas Dunia

Next post

Kenapa, Siapa & Apa Sebabnya Kemalangan Maut Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *