Aston Martin Sumbat Enjin V8 4.7Lnya Kedalam Cygnet
Salah satu ciptaan yang paling menarik, keterlaluan dan gila yang pernah memakai sayap Aston Martin yang terkenal akan membuat debut dunianya di Goodwood Festival of Speed 2018. Digelar ‘The Ultimate City Car’, Aston Martin Cygnet yang satu ini telah dibina dengan enjin 4.7 liter, 430bhp V8 dari Vantage S dan tiub tork yang tersingkat.
V8 Cygnet telah dibini untuk satu pelanggan mereka melalui perkhidmatan ‘Q by Aston Martin – Commission’.
Unit ini adalah sebahagian dari servis personalisasi atau bespoke marque British ini yang membolehkan kebebasan ekspresi tanpa had ketika merancang sebuah Aston Martin dan V8 Cygnet.
Walaupun enjin sebesar ini dimasukkan ke dalam V8 Cygnet ini, rupa luarannya tidak berubah banyak.
Kuasa dan tork enjin ini pun tidak di ubah, masing-masing 430bhp dan 490NM.
Berat hanya 1375 kilo. Nisbah kuasa-ke-berat 313bhp/ton. Dengan itu masa 0-60 bsj adalah hanya 4.2 saat. Kelajuan tertinggi 170 bsj. Lebih it 60 bsj lagi laju dari Cygnet biasa.
No Comment