Berita Auto

Audi A4 Dikemaskini Untuk 2019

Audi telah memperkenalkan A4 Sedan dan Avant yang dikemaskini untuk tahun 2019. Model saiz pertengahan itu kini didatangkan dengan rekaan bampar dan rim baharu, selain pakej S Line Competition untuk imej yang lebih sporty.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Apa yang baharu pada bahagian hadapan adalah liang udara yang terletak pada bahagian bawah bampar dan kemasan ‘honeycomb’ di sekelilingnya. Jeriji bingkai tunggal (singleframe) pula berbeza mengikut pakej. Sebagai contoh, S Line menampilkan bilah dengan efek tiga dimensi.

2019-audi-a4-euro-spec (5)

Bahagian belakang juga tampil lebih segar dengan muncung ekzos berbentuk trapezoid yang menggantikan muncung bulat sebelum ini. Bukan itu sahaja, bahagian diffuser antara kedua-dua muncung ekzos itu juga lebih kecil. Rim dengan rekaan terbaru didatangkan dalam saiz 16 hingga 19 inci.

2019-audi-a4-euro-spec (2)

Turut dilancarkan adalah pakej S Line Competition yang ditawarkan buat pertama kali bagi model A4. Ia merangkumi beberapa ciri baharu seperti warna Turbo Blue, bilah bampar dan pelindung skirt sisi berwarna Selenite Silver serat spoiler belakang RS bagi versi Avant. Rim Audi Sport 19 inci, angkup brek berwarna merah, suspensi sport, logo Audi pada bahagian bawah pintu dan lampu LED turut disertakan.

2019-audi-a4-euro-spec (3)

Bahagian dalaman pula menampilkan pakej S Line Black yang dipadankan dengan kemasan karbon, stereng pelbagai fungsi dan tempat duduk sport dengan kemasan separa kulit. Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan tempat duduk sport S dalam warna Magma Red atau warna-warna lain.

2019-audi-a4-euro-spec (4)

Di Jerman, jualan A4 2019 akan bermula pada suku ketiga tahun ini.

 

Previous post

Millennium Welt Kuantan Dilantik Sebagai Pengedar BMW Motorrad

Next post

MG Masih Ada Dan Ianya ... Elektrik & Inilah Dia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *