BMW Malaysia Memperkenalkan BMW Concept X7
BMW Group Malaysia baru sahaja memperkenalkan BMW Concept X7 iPerformance, buat kali pertama bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Asia Tenggara juga.
Kenderaan Konsep ini adalah demonstrasi BMW Group kepada segmen mewah yang merangkumi pemahaman moden jenama itu tentang mobiliti berwawasan dan kemajuan progresif. Ia bukan semata-mata melihat kepada model pengeluaran masa depan, tetapi juga merupakan kajian kes dalam kemodenan, kemewahan dan kehadiran yang akan menetapkan penanda aras baru dalam segmen mewah.
BMW Concept X7 iPerforrmance melangkaui sempadan dan merangkumi pemahaman baru tentang kemewahan dalam bentuk eksterior yang menarik yang terdiri daripada garis fokus yang berarah. Ini digabungkan dengan dalaman yang diukuri untuk enam orang, yang dilengkapi dengan asas-asas penting: bentuk, bahan kelas tertinggi dan sistem infotainment dengan sambungan yang canggih . Lencana ‘iPerformance’ menandakan kehadiran teknologi eDrive BMW yang bersekutu dengan enjin petrol BMW TwinPower Turbo untuk mencipta powertrain hibrid plug-in yang sangat cekap dan dinamik yang unggul dalam semua situasi pemanduan – termasuk berjalan dengan pelepasan tempatan sifar.
BMW Concept X7 iPerformance akan dipamerkan eksklusif di Pusat Beli-Belah Bangsar dari Rabu, 18 Julai 2018 hingga Ahad, 22 Julai 2018 semasa BMW X Roadshow.
No Comment