Ferrari Terima Anugerah Red Dot: Best of the Best Empat Tahun Berturut-turut
Ferrari telah menerima anugerah Red Dot: Best of the Best bagi reka bentuk model V8 terbarunya iaitu Portofino. Ini merupakan tahun keempat berturut-turut Ferrari membawa pulang anugerah berprestij itu.
Diperkenalkan pada tahun lalu, Portofino merupakan sebuah jentera convertible yang elegan dan versatil. Ia dikuasakan oleh enjin 3.9-liter V8 twin-turbo yang menghasilkan 592 hp pada 7,500 rpm dan 760 Nm dari 3,000 hingga 5,250 rpm. Dengan transmisi tujuh kelajuan, ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.5 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum 320 km/j.
Semasa acara penyampaian anugerah tersebut yang berlangsung di Essen, Jerman, para juri turut menyampaikan dua anugerah Red Dot sebagai penghargaan kepada kualiti reka bentuk 812 Superfast dan FXX K EVO.
No Comment