Berita Auto

Honda Civic Type R Catat 2 Minit 31.32 Saat di Silverstone

Honda Civic Type R adalah kereta jalanan yang dilahirkan untuk beraksi di litar lumba. Ini terbukti apabila ia berjaya menetapkan rekod baharu bagi kereta pacuan roda hadapan (FWD) di litar Silverstone dengan masa 2 minit 31.32 saat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia dilakukan oleh Matt Neal, pelumba British yang kini bersama pasukan Halfords Yuasa Racing dalam kejohanan Touring Car British (BTCC) 2018.

Terletak di England, Silverstone merupakan sebuah litar sepanjang 5.89 km yang menggabungkan beberapa laluan lurus dan selekoh berkelajuan tinggi serta bahagian-bahagian yang lebih teknikal.

Rekod lap terpantas bagi litar itu dipegang oleh pelumba F1 Lewis Hamilton yang mencatat 1 minit 26.600 saat semasa pusingan kelayakan British Grand Prix 2017.

honda-civic-type-r-record-silverstone (1)

Bercakap tentang pencapaiannya, Neal berkata, “Kelebihan sebenar Type R adalah di selekoh-selekoh berkelajuan tinggi – kestabilan yang merupakan gabungan aero dan sistem suspensi yang canggih.”

Ini merupakan rekod keempat yang dicatat oleh Civic Type R. Pada April tahun lalu, ia menjadi kereta produksi FWD terpantas di Nurburgring dengan masa 7 minit 43.8 saat.

Selepas itu, Cabaran Type R 2018 bermula dengan Esteban Guerreri dengan catatan masa 2 minit 1.51 saat di Magny-Cours di Perancis, diikuti dengan Bertrand Baguette yang berjaya merekodkan 2 minit 53.72 saat di Spa-Francorchamps di Belgium.

Cabaran akan diteruskan dan Honda menetapkan sasaran untuk mencatat dua lagi rekod dengan Jenson Button dan pemandu WTCR Tiago Monteiro.

Previous post

Fazrul Kembali ke Litar Cub Prix

Next post

Audi RS6 Dengan ADV7R Dan Race Widebody

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *