Berita Auto

Honda HR-V Facelift Boleh Mula Ditempah

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa HR-V baharu (facelift) kini dibuka untuk tempahan di semua 95 pengedar Honda bertauliah di seluruh negara. Syarikat itu turut memperkenalkan varian terbaru yang dikenali sebagai HR-V RS.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diperkenalkan pada tahun 2015, HR-V menduduki tangga pertama dalam segmen SUV kompak untuk tiga tahun berturut-turut dengan jumlah jualan melebihi 72,000 unit setakat Jun tahun ini. Ia juga merupakan model Honda kedua paling laris yang menyumbang 16% daripada jualan keseluruhan pada bulan lalu.

Dari segi penampilan, varian RS membawa imej yang lebih sporty dengan rim alo dwi-tona bersaiz 18 inci, jeriji ‘sport’, serta bampar depan dan belakang baharu. Perincian lain seperti pemegang pintu dan pemegang nombor plat krom, serta skirt sisi berwarna hitam melengkapkan imej bertenaga model ini.

Selain itu, Honda Malaysia turut memperkenalkan warna baharu yang dikenali sebagai Passion Red Pearl. Ini merupakan kali pertama warna tersebut ditawarkan pada model yang dijual oleh syarikat itu.

Enjin 1.8-liter empat silinder SOHC i-VTEC kekal seperti sebelum ini dengan kuasa berjumlah 142 PS dan 174 Nm. Ia digabungkan dengan transmisi CVT.

Aspek keselamatan pula merangkumi enam beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan kamera undur. Sebagai tambahan, varian RS mendapat sistem Honda LaneWatch yang mempunyai kamera titik buta pada cermin sisi kiri.

Model baharu ini dikatakan akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini namun buat masa ini harga masih belum diumumkan. Pelanggan yang membuat tempahan akan menerima kad hadiah Petronas bernilai RM1,000.

 

Previous post

Proton Terus Eksport Gen2 dan Persona ke Timur Tengah

Next post

Honda PCX 150 2018 Masuk Pasaran Malaysia - RM10,999

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *