Honda Malaysia Jalin Kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, JPJ
Honda Malaysia mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk terus menekankan kepentingan menukar inflator beg udara Takata yang terjejas.
Pemilik yang terlibat digesa untuk mengambil tindakan segera kerana tekanan dalaman yang berlebihan boleh membuatkan inflator pecah apabila diaktifkan seterusnya mengakibatkan kecederaan atau kematian.
Penukaran adalah percuma dan apa-apa kos berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Selain itu, stok alat ganti bagi inflator beg udara pemandu dan penumpang berada pada tahap 100%.
Pelanggan boleh memeriksa status kenderaan mereka di laman web Honda (www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my) atau dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.
Selain daripada pusat servis Honda, pelanggan juga boleh membuat penukaran inflator beg udara di hab bergerak yang disediakan di pusat membeli-belah, siri jelajah serta stesen Petronas terpilih. Tidak seperti di pusat servis, pelanggan tidak perlu untuk membuat temujanji untuk penggantian di lokasi-lokasi berikut:
Selain itu, Honda Malaysia turut menyediakan pasukan bergerak yang akan beroperasi di kawasan-kawasan terpilih.
Mereka yang membeli model import Honda yang tidak dijual oleh Honda Malaysia turut digesa untuk menghubungi pengedar sah dengan segera untuk mendapatkan status kenderaan mereka. Kos penukaran bagi kenderaan-kenderaan ini adalah percuma dan ditanggung oleh Honda Malaysia.
Setakat 2 Julai 2018, Honda Malaysia telah menukar 228,000 inflator beg udara pemandu (87%). Jumlah keseluruhan inflator beg udara pemandu dan penumpang yang telah ditukar adalah lebih daripada 465,000 (79%).
No Comment