Gaya Hidup / Lifestyle

Kereta Anda Rosak Ketika Di Tempat Cuci Kereta: SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB?

Pernahkah anda mencuci kereta di mana pekerja asing memandu  kereta berharga anda dari tempat cucian air tekanan tinggi ke tempat pengeringan dan kemudian ke tempat pembersih vakum dan dalaman? Ya, ini perkara biasa … tetapi pernahkah kereta berharga anda tercalar atau melanggar dinding disebabkan pekerja-pekerja tempat cuci kereta ini?

Well, ini berlaku kepada seorang kawan di tempat cuci kereta kawasan kediamannya dan pekerja itu cabut lari setelah berlaku kerosakan kepada keretanya. Pemilik tempat cuci kereta itu tidak berada di situ ketika kejadian dan apabila dihubungi dan bila dia sampai ke tempat kejadian dia mendakwa bahawa pekerja itu tidak berdaftar dengannya dan dia tidak bertanggungjawab kerana pekerja asing itu bukan pekerja berdaftar.

Laporan polis dan tuntutan insurans dibuat, tetapi syarikat insurans menjawab bahawa pemilik kereta dengan rela ‘menyerahkan kunci kereta’ kepada pekerja tempat cuci kereta itu dan dengan itu, tiada tuntutan boleh dibuat . Pemilik kereta itu terpaksa membiayai kos membaiki keretanya sendiri.

Oleh itu …… pengendali cuci kereta biasanya tidak bertanggungjawab terhadap kesilapan pelanggan menyerahkan kunci kereta mereka secara sukarela kepada pekerja mereka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jadi … sedarilah perkara ini apabila anda pergi ke tempat cuci kereta nanti.

 

 

Previous post

SUV Peugeot 3008 Semua Baharu Habis Dijual Buat Masa Sekarang

Next post

Afif Intai Podium di India

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *