Berita Auto

Koenigsegg Akhiri Pengeluaran Agera

Setelah lapan tahun berada di pasaran, Koenigsegg Agera akhirnya ditamatkan pengeluarannya dengan dua unit model Final Edition yang dikenali sebagai Thor dan Vader.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kedua-dua hypercar tersebut telah siap dipasang di kilang Koenigsegg yang terletak di Ängelholm, Sweden. Ia akan diserahkan kepada pemilik masing-masing di sebuah acara di Jerman sebelum diterbangkan ke United Kingdom bagi menghadiri acara Goodwood Festival of Speed.

koenigsegg-agera-final-edition (1)

Menurut syarikat itu, model-model Final Edition ini dibina berasaskan Agera RS dan dilengkapi dengan semua aksesori tanpa sebarang kos tambahan, termasuk komponen aerodinamik.

koenigsegg-agera-final-edition (4)

Thor didatangkan dengan kemasan karbon dwi-tona dengan ‘diamond flake’ pada bahagian-bahagian tertentu. Ia mempunyai sirip tengah ala jentera Le Mans untuk kestabilan pada kelajuan tinggi.

koenigsegg-agera-final-edition (5)

Sementara itu, Vader pula menampilkan kemasan karbon jelas dengan ‘diamond flake’ yang dipadankan dengan perincian berwarna emas putih. Kedua-dua jentera ini sebenarnya dilengkapi dengan winglet custom di bahagian depan serta spoiler depan dan belakang yang lebih besar.

koenigsegg-agera-final-edition (2)

Selain itu, ia juga didatangkan dengan pakej naik taraf 1MW (1 Megawatt) yang membolehkan enjin 5.0 twin-turbo V8-nya menghasilkan 1,360 hp dan 1,370 Nm.

koenigsegg-agera-final-edition (3)

Peminat Agera tidak perlu bersedih kerana menurut Koenigsegg, mereka akan mendedahkan pengganti model itu di pameran Geneva Motor Show 2019.

Previous post

Hyundai Gesa Pelanggan Guna Alat Ganti Tulen

Next post

Nissan GT-R50 Bakal Buat Kemunculan di Goodwood

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *