Kumpulan Naza Sumbang RM1,000 Kepada Tabung Harapan Malaysia Bagi Setiap Kereta Dijual
Kumpulan Naza akan menyumbang RM1,000 kepada Tabung Harapan Malaysia bagi setiap kereta yang dijual oleh kumpulan itu dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2018.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd SM Nasaruddin SM Nasimuddin berkata, “Kumpulan Naza berbangga dapat memainkan peranannya dengan memberi sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan patriotik.”
“Sumbangan ini juga merupakan cara kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia untuk landskap ekonomi dan politik yang stabil serta percutian cukai selama 3 bulan yang mendorong jualan kereta tahun ini,” tambah beliau lagi.
Kumpulan Naza adalah pengimport dan pengedar untuk pelbagai jenama automotif seperti Ferrari, Maserati, Mercedes-Benz, Peugeot, Citroen, DS dan Kia di Malaysia.
No Comment