Mike Manley Pengganti Sergio Marchionne
Mike Manley, seorang warga Britain berusia 54 tahun telah dipilih untuk menggantikan Sergio Marchionne berusia 66 tahun, ikon automotif yang terpaksa melepaskan jawatan ketua pegawai eksekutif (Sabtu 21 July 2018) selepas 14 tahun, akibat kemerosotan kesihatannya secara tiba-tiba. Beliau meninggal dunia semalam (Rabu 25 July 2018).
Manley telah menjadi ketua jenama Jeep Fiat Chrysler Automobiles ‘sejak 2009 dan sedang berusaha menggandakan keuntungannya dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Manley kini dipertanggungjawabkan melaksanai tugasan terbesar pelan 5 tahun: Meningkatkan jualan Jeep menjelang 2022 daripada 1.4 juta kenderaan yang dijual tahun lepas. Dia memerlukan lonjakan 40% tahun ini sahaja untuk mencapai sasaran 2018 sebanyak 2 juta yang ditetapkan oleh Marchionne sebelum ini.
No Comment