Berita Auto

Nissan GT-R50 Bakal Buat Kemunculan di Goodwood

Masih ingat lagi tentang Nissan GT-R50 yang direka oleh Italdesign? Ya, jentera istimewa itu akan membuat kemunculannya di acara Goodwood Festival of Speed dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Apa yang lebih menarik, jika jentera itu mendapat sambutan hangat di Goodwood serta lokasi-lokasi lain selepas ini, ia berkemungkinan besar akan dimasukkan ke dalam fasa pengeluaran. Bagaimanapun, hanya 50 unit akan ditawarkan dengan harga bermula dari €900,000 (RM4.2 juta) setiap satu.

nissan-gtr-50-by-italdesign (1)

Dihasilkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Nissan dan Italdesign, GT-R50 dibina berasaskan model GT-R Nismo namun menampilkan reka bentuk tersendiri yang dipadankan dengan kemasan Liquid Kinetic Gray (kelabu) dan Energetic Sigma Gold (emas).

nissan-gtr-50-by-italdesign (3)

Ia dikuasakan oleh enjin 3.8-liter V6 yang menjana 720 PS dan 780 Nm. Peningkatan kuasa ini adalah hasil dari penggunaan dua unit pengecas turbo GT3, intercooler besar, serta bahagian-bahagian yang diperkuatkan seperti aci engkol dan omboh. Transmisi dan differential turut diperkukuhkan untuk menampung kuasa yang tinggi.

nissan-gtr-50-by-italdesign (2)

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan suspensi Bilstein DampTronic, sistem brek Brembo serta tayar Michelin Pilot Super Sport bersaiz 255/35 R21 di hadapan dan 285/30 R21 di belakang.

Previous post

Koenigsegg Akhiri Pengeluaran Agera

Next post

Yamaha Y15ZR GP Edition Dilancarkan dengan Hadiah Eksklusif

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *