Nissan Serena S-Hybrid Serba Baharu Catat 4,000 Tempahan
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu yang popular telah melangkaui jangkaan apabila menerima 4,000 tempahan setakat 30 Jun 2018 dengan 1,900 unit telah didaftarkan dalam tempoh hanya 7 minggu selepas ia dilancarkan secara rasmi.
“Penerimaan pasaran yang positif membuktikan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu ialah sebuah MPV yang popular di Malaysia. Keputusan ini memberi semangat kepada kami. Justeru, kami telah meningkatkan produksi serta bekerjasama rapat dengan pembekal alat ganti tempatan, bagi memastikan produk dan kenderaan berkualiti dapat diserahkan kepada pelanggan tepat pada masanya,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.
Kempen “Joyful Tax Holiday”, Nissan Almera 1.5L VL kini hadir dengan pakej aksesori istimewa
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memperkenalkan kempen “Joyful Tax Holiday” pada Julai pada kadar GST 0% dan Penjimatan Duit Raya.
* Di atas jalan tidak termasuk insurans, sah untuk pendaftaran peribadi individu di Semenanjung Malaysia. Promosi untuk varian lain turut ditawarkan. Sehingga stok masih ada.
Bukan itu sahaja, pelanggan boleh membeli varian Almera 1.5L VL yang kini hadir dengan pakej aksesori istimewa bernilai RM 8,955.66*. Pakej aksesori yang baru diperkenalkan ini merangkumi NISMO Aerokit yang sporty, skrin sentuh bersaiz 7 inci dengan ketersambungan telefon pintar, WI-FI, navigasi dan kamera undur, perakam video pemanduan, tempat duduk kulit dan tinted Solar Gard.
Pandu uji Nissan Serena S-Hybrid serba baharu serta model-model inovatif Nissan yang lain di Karnival Pandu Uji Nissan yang diadakan di bilik pameran dan siri jelajah Nissan terpilih di seluruh negara.
Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan di seluruh negara adalah seperti berikut:
Tarikh | Wilayah | Lokasi |
7 – 8 Julai | Utara | ETCM Butterworth |
Pantai Timur | ETCM Kuantan | |
Tengah | ETCM Petaling Jaya | |
Selatan | ETCM Johor Jaya | |
Sarawak | ETCM Kuching | |
Sabah | Imago KK Times Square, KK | |
13 – 14 Julai | Pantai Timur | ETCM Kota Bharu |
Sarawak | ETCM Bintulu | |
14 – 15 Julai | Utara | ETCM Ipoh |
Tengah | ETCM Jalan Raja Laut | |
Selatan | ETCM Seremban | |
Sabah | ETCM Tawau |
Tarikh dan lokasi siri jelajah adalah seperti berikut:
Tarikh | Wilayah | Lokasi |
6 – 8 Julai | Sabah | Imago KK Times Square, Kota Kinabalu |
Selatan | Mahkota Parade, Malacca | |
19 – 22 Julai | Utara | Ipoh Parade, Ipoh |
26 – 29 Julai | Utara | Queensbay Mall, Penang |
Pantai Timur | East Coast Mall, Kuantan | |
27 – 29 Julai | Tengah | Setia Alam Convention Centre, Selangor |
Nissan Nurtures Nature – siri kedua di Sabah dan Sarawak
Siri kedua kempen Nissan Nurtures Nature akan diadakan pada 7 dan 8 Julai 2018 bersama Karnival Pandu Uji Nissan secara eksklusif di ETCM Kuching dan Imago KK Times Square, Kota Kinabalu.
Nissan Nurtures Nature merupakan satu siri aktiviti mesra alam yang penuh interaksi dan menyeronokkan, ia bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap usaha meminimumkan impak alam sekitar dengan memupuk gaya hidup yang lebih mapan. Siri ini akan menyaksikan pelbagai aktiviti bertumpu kepada tiga falsafah alam sekitar 3R: Reduce (mengurangkan), Recycle (kitar semula) dan Reconnect (berhubung semula):
- Reduce – Aktiviti menanam pokok-pokok herba; menjadikan kediaman lebih hijau untuk mengurangkan Karbon Dioksida (CO2) dan menghasilkan lebih banyak Oksigen (O2).
- Recycle – Menukar bahan buangan menjadi sesuatu yang boleh digunakan; satu pameran menunjukkan penggunaan tayar terpakai boleh ditukar menjadi perabot yang menarik
- Reconnect – Menikmati keindahan semula jadi membolehkan ketenangannya menyegarkan kembali serta memberi tenaga kepada tubuh badan serta minda. Satu siri Eco Talk oleh pihak aktivis eco akan mendidik pemilik serta pelanggan tentang kenapa dan bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam menyumbang kembali kepada alam sekitar.
Tarikh dan lokasi Nissan Nurtures Nature adalah seperti berikut:
Tarikh | Masa | Wilayah | Lokasi |
7 – 8 Julai | 10am – 8pm | Sarawak | ETCM Kuching |
Sabah | Imago KK Times Square, Kota Kinabalu* Sesi Eco Talk hanya diadakan pada 7 Julai dari 4pm hingga 5pm, pra-pendaftaran diperlukan |
Orang ramai boleh mendapatkan lebih banyak maklumat dan kemas kini tentang kempen Nissan Nurtures Nature di laman web: www.nissan.com.my. Pemilik kenderaan Nissan yang ingin menghadiri sesi Eco Talk boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di talian 03-4047 8788 atau hantarkan e-mel ke crd@tanchonggroup.com. Penyertaan adalah berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88-3838.
* Tertakluk kepada terma
No Comment