Pengumuman Panggilan Balik Beg Udara Kementerian Pengangkutan
Beg Udara adalah salah satu sistem keselamatan otomotif yang paling penting. Apabila kemalangan berlaku, beg udara akan beroperasi dan mengurangkan sebahagian besar kecederaan kepada pemandu dan orang lain di dalam kereta.
Adakah anda memiliki dan memandu salah satu jenama model kereta tertera di bawah ini? Anda digalakkan memberitahu orang yang anda sayangi atau rakan-rakan yang memiliki jenama kereta ini segera mengambil tindakan untuk menggantikan beg udara mereka secara PERCUMA. Ya, gantian beg udara baharu ini adalah PERCUMA dan kos buruh juga PERCUMA.
Dan anda mungkin pemilik kenderaan yang tidak menerima notis dari wakil penjual kenderaan (jenama), kerana anda mungkin telah membeli kenderaan dari seorang kawan atau pengedar kereta / kenderaan terpakai.
Semak kenderaan anda dengan segera di laman web berikut:
- Honda: https://productrecall.honda.com.my/
- Toyota: https://toyota.com.my/aftersales-services/special-service-campaigns
- BMW: https://www.bmw.com.my/en/topics/bmw-owners/takataairbagtechnicalcampaign.html
- Subaru: http://sites.subaru.asia/my/en/owners/aftersales/?pg=recall
- Mazda: https://mazda.com.my/Community/takata-announcement.aspx?check=community
- Nissan: http://servicecampaign.nissan.com.my/
- Mitsubishi: http://mitsubishi-motors.com.my/mmm-takata-airbag-recall-lancer
- LEXUS : 1-800-88-53987 or visit www.lexus.com.my
No Comment