Proton 1-Tank Adventure: Sejauh Mana Anda Boleh Pergi Dengan Setangki Minyak?
Dari 17 Julai hingga 5 Ogos 2018, Proton 1-Tank Adventure akan diadakan di seluruh Malaysia bersama-sama dengan media, “key opinion leaders”, selebriti dan orang ramai untuk mengalami prestasi pemanduan model Proton terpilih sambil meneroka pemandangan indah, budaya dan masakan lazat Malaysia dengan satu tangki minyak.
Model paling laris Proton iaitu Persona (1.6 CVT), Saga (1.3 CVT) dan Iriz (1.3 CVT) dipilih untuk mengembara ke lima kawasan – Tengah, Pantai Timur, Malaysia Timur, Selatan dan Utara. Pemenang dari setiap kawasan akan bersaing di peringkat akhir untuk gelaran juara Proton 1-Tank Adventure.
Apa yang menjadikannya berbeza dari pertandingan penjimatan minyak lain ialah ia mengundang para peserta untuk meneroka tanah air secara pemanduan biasa dengan hanya satu tangki minyak, menjadikan ia satu pengembaraan yang mengujakan.
Di samping itu, peserta dikehendaki memandu kereta standard, dan tidak boleh mengeluarkan alat-alat kecemasan seperti tayar ganti untuk mencapai perbatuan penggunaan minyak yang disasarkan. Peserta akan memandu secara bebas dengan penghawa dingin dan di bawah keadaan memandu biasa untuk merakamkan penggunaan minyak dalam masa sebenar.
Malaysia Speed Festival (MSF) akan membantu dan mengesahkan data bagi menambah kredibiliti kepada keputusan penilaian. Selain menunjukkan penjimatan minyak, acara ini menawarkan aktiviti memandu dinamik di mana para peserta boleh mengalami pengendalian dan prestasi keselamatan aktif dan pasif kereta Proton.
No Comment