Pusat 3S Nissan Yang Pertama di Negeri Sembilan Dibuka
Seremban Victory Credit, pengedar sah Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan sebuah pusat 3S Nissan yang terletak di Seremban.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Anthony Loke, yang turut ditemani oleh Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan, dan Pengarah Seremban Victory Credit, Trevor Tham.
Pusat 3S Nissan Seremban Victory mempunyai kawasan binaan seluas 12,000 kaki persegi. Melibatkan pelaburan sebanyak RM10 juta, pusat itu mempunyai bilik pameran yang boleh memuatkan lapan buah kenderaan serta 13 ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 40 buah kereta sehari.
Bukan itu sahaja, perkhidmatan insurans dan sewa beli, ruang rehat pelanggan yang selesa, Wi-Fi percuma, ruang penyerahan berhawa dingin dan sudut kanak-kanak merupakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh pelanggan nikmati di pusat tersebut.
Waktu operasi pusat 3S Nissan Seremban Victory bermula dari 9 pagi hingga 6.00 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat, 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada Sabtu, Ahad dan cuti umum. Pusat servis pula dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap Isnin hingga Sabtu.
Untuk temu janji, pelanggan boleh menghubungi Seremban Victory Credit di talian 06-720 2666 atau 06-720 2888.
No Comment