Berita Auto

Saga Capai 3.51L/100KM Dalam Proton 1-Tank Adventure Pusingan Pantai Timur

Proton 1-Tank Adventure diteruskan ke Pantai Timur dari 21 hingga 22 Julai 2018. Seperti pusingan Tengah, pusingan ini menyaksikan para peserta yang terdiri daripada media, selebriti terkenal, ‘Key Opinion Leaders’, dan orang awam mengharungi perjalanan sejauh 640 km memandu Saga 1.3 CVT, Persona 1.6 CVT atau Iriz 1.3 CVT dengan hanya satu tangki minyak. Bagaimanapun, kali ini terdapat satu pasukan yang gagal menghabiskan cabaran namun masih berjaya memandu sejauh 630 km.

Print

Penggunaan minyak bagi kedua-dua kawasan Tengah dan Pantai Timur adalah berbeza walaupun jarak yang terlibat adalah sama. Ini disebabkan perbezaan geografi di setiap kawasan di mana 70% laluan dari Kuala Terengganu ke Kuantan terdiri daripada jalanraya tunggal yang sempit. Selain trafik, kenderaan berat dan jalan berliku-liku, cuaca panas dan lembap adalah antara faktor-faktor yang mempengaruhi.

04 PROTON 1-Tank Adventure_KT_Start Fuel Point

Pencapaian terbaik adalah oleh Saga 1.3 CVT pada 3.51 L/100 km (purata penggunaan minyak dalam kumpulan Saga adalah 4.55L/100km), diikuti oleh Persona 1.6 CVT pada 3.97 L/100 km (purata adalah 5.16 L/100 km) dan Iriz 1.3 CVT pada 4.95 L/100 km (purata adalah
5.31 L/100 km). Keputusan ini disahkan oleh Malaysia Speed Festival (MSF).

06 PROTON 1-Tank Adventure_KT_Check Points

Kesemua 16 pasukan memandu secara ‘free and easy’, melalui Pantai Penarik, Menara Tinjau Marang Waterfront, Medan Ikan Bakar Dungun, Chukai Hai Peng Coffee, dan Sungai Lembing Mines sebelum menuju ke Stadium Sultan Mizan untuk aktiviti pemanduan dinamik. Mereka juga sempat berehat untuk menikmati hidangan tempatan seperti kopi Hai Peng yang terkenal, satar, ikan bakar, rambutan dan sebagainya.

03 PROTON 1-Tank Adventure_KT_Pantai Penark

Walaupun penggunaan minyak di kawasan Pantai Timur berbeza dari kawasan Tengah, keputusan menunjukkan bahawa para peserta menggunakan tip pemanduan dengan baik untuk mengalahkan satu sama lain, sambil menikmati perjalanan.

09 PROTON 1-Tank Adventure_KT_Dynamic Driving Experience

 

Previous post

Afif Intai Podium di India

Next post

Harley-Davidson Umum Pelan Pertumbuhan, Barisan Model Baru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *