SDAC Buka Kedai Pop-up Ford Ranger 20 Julai Ini
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia akan memperkenalkan sebuah kedai Pop-Up Ford baharu di Subang Parade, Subang Jaya, Selangor pada 20 Julai sebelum memulakan siri jelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Kedai Pop-Up Ford itu direka bagi menawarkan pengguna dengan satu peluang unik untuk merasai sendiri pengalaman memandu Ranger dalam persekitaran yang berbeza, berbanding di pusat pengedaran biasa.
“Menerusi stor Pop-Up Ford yang pertama ini, kami harap dapat menawarkan persekitaran peruncitan yang berbeza kepada pelanggan dan mengubah cara mereka membeli kenderaan,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.
Kedai Ford Pop-Up menampilkan teknologi realiti maya (VR) yang akan membawa pelanggan lebih dekat dengan Ranger dan membolehkan mereka merasai pengalaman menggunakan dua teknologi bantuan pemandu Ford yang canggih – Forward Collison Alert dan Lane Departure Warning and Assist.
Selain itu, pelanggan juga akan mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai teknologi keselamatan dan pintar yang membantu Ranger terus menetapkan penanda aras dalam industri.
Pelanggan yang mengunjungi kedai Pop-Up Ford boleh mengambil peluang atas kempen Seize the Deal’ yang sedang berlangsung sekarang. Ia menawarkan rebat tambahan sehingga 10 peratus di samping penjimatan GST sebanyak enam peratus ke atas Ranger sehingga RM19,830.
Kempen ‘Seize the Deal’ juga disediakan untuk model Ford Fiesta dan Mustang, menawarkan rebat sehingga 17 peratus dan penjimatan keseluruhan yang mengagumkan sehingga RM113,000. Promosi ini sah sehingga 31 Ogos 2018.
Kedai Pop-Up Ford akan mula beroperasi pada 20 hingga 22 Julai di Subang Parade dan dibuka kepada orang ramai dari 10am hingga 10pm setiap hari. Perunding jualan juga akan berada di sana untuk menjawab apa jua persoalan anda, selain menawarkan proses pendaftaran dan pembelian buat pelanggan yang berminat.
Jadual penuh adalah seperti berikut:
No Comment