Berita Auto

Shell Rimula Baru Kini Dengan Spesifikasi API CK-4

Shell Malaysia telah memperkenalkan minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) Shell Rimula R6 LM sintetik sepenuhnya dan R5 LE teknologi sintetik yang baru diformulasikan dengan spesifikasi minyak enjin American Petroleum Institute (API) CK-4.

BHP

Ketersediaan minyak enjin diesel tugas berat yang mematuhi API CK-4 terbaru adalah berita baik untuk sektor fleet dan pengangkutan yang sangat berdaya saing di mana syarikat-syarikat menghadapi tekanan bagi mencapai tahap kebolehpercayaan dan keselamatan yang tinggi dan meminimumkan jumlah kos operasi.

Shell memainkan peranan utama dalam perkembangan spesifikasi API CK-4 yang baru untuk minyak enjin diesel tugas berat. Pengurus Teknikal OEM Global, Dan Arcy, mempengerusikan Pasukan Pembangunan Kategori Baru – sebuah jawatankuasa pengeluar, pemasar minyak, dan syarikat tambahan yang bertanggungjawab untuk menentukan serta membangunkan spesifikasi baru beserta ujian yang berkaitan. Ia pertama kali diperkenalkan di Amerika Utara dan sekarang, di Malaysia.

Produk utama terbaru Shell Rimula R6 LM dengan API CK-4 mengabungkan minyak asas sintetik sepenuhnya dengan ‘PurePlus Technology’ dan ‘Adaptive Additive Technology’.

Shell Rimula R6 LM with API CK-4 specification

Kedua-dua Shell Rimula R6 LM dan R5 LE berkeupayaan mengawal pengoksidaan dan enap cemar yang sangat baik untuk mencegah penebalan minyak dan deposit berbahaya di semua kawasan enjin, menghasilkan piston lebih bersih. Ia juga menawarkan kelikatan dan kestabilan ricih yang lebih baik untuk melindungi enjin dengan lebih baik walaupun pada suhu dan tekanan yang tinggi.

Kesemua ini membawa kepada penggantian pelumas yang lebih lama, ekonomi minyak yang lebih baik dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Minyak Shell Rimula dengan API CK-4 menggantikan minyak CJ-4, dan bersesuaian dengan semua kenderaan semasa, disamping memberikan manfaat untuk kedua-dua teknologi enjin yang baru dan lama. Bagi pengendali yang mengendalikan kedua-dua kenderaan yang baru dan lama, ini amat membantu memudahkan prosedur pelinciran.

Previous post

Harley-Davidson Umum Pelan Pertumbuhan, Barisan Model Baru

Next post

Skim Pembiayaan 'Lease2Go' Mercedes-Benz - Tonton Video Penjelasannya!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *