Tawaran Jawatan Kosong Di Perodua Adalah Palsu
Jika anda terserempak dengan pos Jawatan Kosong di Perodua melalui Whatsapp dan/atau laman web pihak ketiga baru-baru ini, ianya adalah palsu.
Menurut kenyataan rasmi oleh CEO Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh:
“Ada laman web pihak ketiga dan akaun WhatsApp yang telah menyalin maklumat mengenai jawatan sedia ada di Perodua dengan maklumat yang dipinda mengenai gaji dan faedah yang ditawarkan. Kami mula perasan posting di WhatsApp sejak 24 Jun 2018 dan pos itu masih boleh didapati di laman webnya.”
Kami telah meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti tuan punya laman web dan akaun WhatsApp tersebut dan mengeluarkan maklumat mengenai jawatan kosong kami.
Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai jika ianya dianggap sesuai.
Adalah menjadi amalan kami untuk tidak melibatkan pihak ketiga dalam proses pengambilan pekerja kami dan kami dengan rendah diri mencadangkan mereka yang mencari maklumat pekerjaan atau maklumat lain mengenai Perodua untuk melayari laman web rasmi kami di www.perodua.com.my. Terima kasih”
No Comment