Volvo Pun Ada Divisyen ‘M’ Tetapi Yang Ini Untuk ‘Mobility Tech’
Volvo Cars hari ini melancarkan M, sebuah jenama baru yang akan mengembangkan operasi mobiliti global syarikat dengan menyediakan akses yang boleh dipercayai, akses kepada kereta dan servis on-demand menerusi aplikasi intuitif.
Lebih-lebih lagi, M akan mempelajari tentang keperluan, keutamaan dan tabiat penggunanya, memperibadikan hubungan pelanggan. Ia akan debut di Sweden dan AS pada musim bunga tahun 2019.
M sedang membangunkan teknologi pembelajaran proprietari yang bertanyakan tentang keperluan khusus para pengguna daripada hanya memaklumkan kepada mereka di mana mereka boleh mengambil kereta.
Tambahan kepada pasukan jurutera perisian digital yang berpengalaman dan bakat-bakat terkemuka, M memperoleh 20 tahun pembelajaran dan data dari Sunfleet, perintis perkongsian kereta Volvo Car Group. Sunfleet adalah syarikat perkongsian kereta terkemuka di Sweden dengan 500,000 transaksi tahunan dan armada sebanyak 1,700 kereta. Ia akan disepadukan sepenuhnya ke dalam M pada 2019, menjadikan perkhidmatan ini tersedia untuk semua ahli Sunfleet yang sedia ada.
Maklumat lanjut tentang perkhidmatan M akan dikeluarkan lewat tahun ini.
No Comment