Yamaha Y15ZR GP Edition Dilancarkan dengan Hadiah Eksklusif
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan Yamaha Y15ZR GP Edition baharu yang didatangkan dengan warna rasmi pasukan Movistar Yamaha dalam kejohanan MotoGP.
Dijual pada harga RM8,588 (tidak termasuk cukai jalan, nombor plat dan insurans) iaitu hanya RM700 lebih berbanding edisi standard, pembeli akan turut mendapat sebuah model skala dan pergelangan tangan kesihatan. Barangan-barangan tersebut diberi eksklusif bersama model ini dan tidak boleh dibeli di mana-mana.
Y15ZR menampilkan enjin 150 cc, silinder tunggal empat lejang yang menghasilkan 15.1 hp pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm. Ia mempunyai fork teleskopik hadapan dan suspensi monoshock belakang, serta brek cakera hidraulik.
No Comment