Gaya Hidup / Lifestyle

BMW Malaysia dan FLYPROJECT Anjur Kelas Kecergasan FlyCycle Outdoor yang Terbesar di Malaysia

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, En. Harald Hoelzl berkata, “Sebagai perintis Mobiliti Elektro di Malaysia dan dengan pemilikan barisan kenderaan premium berkebolehan pemanduan elektrik yang terbesar, ia merupakan tanggungjawab kami untuk meningkatkan kesedaran terhadap potensi dan kemungkinan yang ditawarkan oleh teknologi dan mobiliti alaf baharu. Kolaborasi unik ini yang merupakan sebahagian daripada kempen ‘Born Electric’ telah membolehkan kami untuk mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha untuk menguasakan mobiliti elektro yang bervisi dan mampan untuk warga Malaysia. Waktu tersebut juga menjadi peluang yang baik untuk merungkaikan BMW i8 Coupé Baharu kepada orang ramai.”

BHP

Acara unik ini yang menampilkan kelas kecergasan FlyCycle dan FlyFight telah disertai seramai 100 individu, kesemua slot yang ditawarkan telah diambil oleh orang ramai dalam masa 12 jam sejak pendaftaran dibuka.

BMW i x FLYPROJECT (8)

Kelas FlyCycle tersebut telah diterajui oleh pelatih-pelatih yang berbakat dari FLYPROJECT, iaitu Syed Harris Umar, Isabelle Wong dan Swarna Naidu. Turut mengambil peluang untuk menyertai acara kecergasan ini juga ialah personaliti-personaliti gaya hidup: Nurulain Edruce, Chloe Chen, Yvonne Lee, Karen Kho, Megan Tan, Michelle Lee, Grace Choong, Talitha Tan, Nelissa Nezam dan Loreal Mok.

Kelas FlyCycle dimulakan dengan kayuhan basikal senaman daripada para peserta secara bersama, sementara skrin projeksi dicahayakan untuk mempamerkan BMW i8 Coupé yang Baharu.

BMW i x FLYPROJECT (2)

BMW i8 Coupé Baharu merupakan satu lagi model ikonik BMW i yang akan mendefinisikan semula teknologi kenderaan Hibrid Plug-in. Visi Generasi Baharu ini menampilkan seni bina kenderaan LifeDrive yang akan melengkapi kesemua model BMW i yang akan datang.

Usaha BMW Group untuk merealisasikan mobiliti bervisi juga dipacu oleh kebolehan teknologi yang dibuktikan sekali lagi melalui pencapaian BMW i8 yang telah melakar empat kemenangan secara berturut-turut bagi Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa sejak tahun 2015. Ia juga merangkumi beberapa pencapaian yang lain, termasuk penggarapan Anugerah iF Design dan Anugerah Red Dot yang turut mencerminkan kualiti dan tarikan inovasi seni bina LifeDrive yang baharu bagi model kenderaan BMW i.

BMW i x FLYPROJECT (7)

Teknologi drivetrain canggih yang didatangkan oleh BMW i8 Coupé merangkumi motor elektrik pada gandar hadapan dan enjin pembakaran dalaman pada gandar belakang. Bateri bervoltan tinggi kenderaan ini pula mempunyai kapasiti sel 33 Ah; manakala motor elektrik jentera ini dapat menjana output setinggi 105 kW, dan capaian elektrik menjangkaui 55 kilometer. Enjin pembakaran turbocharge tiga silinder yang melengkapi kenderaan tersebut juga menampilkan ciri suntikan terus (direct injection) dan pemasaan injap pembolehubah VALVETRONIC (VALVETRONIC variable valve timing) yang mampu menjana output sebanyak 170 kW/231 kk (kuasa kuda) melalui penyesaran bahan bakar yang hanya berjumlah 1.5 liter, serta puncak tork pada tahap 320 Nm.

BMW i x FLYPROJECT (3)

Kombinasi output sistem kenderaan ini yang dihasilkan oleh motor elektrik serta enjin yang berfungsi secara bersama juga ditingkatkan ke tahap 275 kW/374 kk. Ia dapat memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.4 saat, dengan penggunaan bahan bakar sebanyak 1.8 l/100 km yang bersamaan dengan 42 g/km bagi emisi CO2 petrol,dan 14.0 kWh/100 km bagi penggunaan kuasa elektrik.

Harga jualan (atas jalan, dengan kadar GST 0%, tanpa insurans dan SST) bagi BMW i8 Coupé yang Baharu ialah:

Semenanjung Malaysia RM 1,310,800.00
Sabah dan Sarawak – RM 1,313,992.00
Langkawi – RM 862,800.00

BMW Malaysia and FLYPROJECT Create Awareness on Visionary and Sustainable Mobility (2)

 

 

  

Previous post

Ini Bukan Sekadar Kereta Keluarga

Next post

Ferrari 488 Pista Spider Membuat Pelancaran Perdana Dunianya Di Pebble Beach

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *