Dari Sebuah Visi ke Satu Perubahan – BMW Malaysia Mempersembahkan “Born Electric: The BMW i Roadshow”
Entiti yang memacu Mobiliti Elektro masa hadapan di Malaysia, BMW Malaysia akan memperlihatkan keupayaannya untuk meneraju mobiliti elektro di seluruh negara melalui “Born Electric: The BMW i Roadshow.”
Sejak pengenalan subjenama BMW i pada tahun 2013, BMW Group telah meraikan kejayaan yang memberangsangkan melalui portfolio mobiliti bervisinya di seluruh dunia. Dengan penyerahan melebihi 100,000 unit kenderaan berelektrik pada tahun lepas, BMW Group kini berada dalam landasan yang tepat untuk mencatat penyerahan 140,000 buah kenderaan lagi pada tahun 2018.
Cita-cita ini juga dibidik oleh BMW Malaysia melalui kenderaan mobiliti elektro yang merangkumi 55% penyerahan unit kenderaan di dalam negara – lantas memacu inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat domestik, dan kesedaran terhadap teknologi yang bersih dan baharu demi industri automotif serta untuk mengubah infrastruktur bagi kenderaan premium di Malaysia.
“Mobiliti Bervisi serta teknologi terbaharu bagi industri automotif sudah bertapak di Malaysia dan kita telah berjaya membangunkan teknologi dan kebolehan tersebut untuk memberi sokongan kepada kenderaan-kenderaan yang giat mengekori perubahan yang sedang berlaku di dunia ini. “Born Electric: BMW i Roadshow” ini akan mendemonstrasikan kemajuan kami dalam Mobiliti Masa Hadapan di Malaysia, serta akan mengambil peluang tersebut untuk memperkenalkan model-model baharu ke dalam portfolio kenderaan premium kami yang sedia ada,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia.
Alami “Born Electric: The BMW i Roadshow” pada tarikh dan lokasi-lokasi yang berikut:
Lembah Klang | |
Bangsar Village II | 4 hingga 7 Oktober 2018 |
1Utama Shopping Centre | 17 hingga 21 Oktober 2018 |
Paradigm Mall | 30 November hingga 2 Disember 2018 |
Empire Shopping Gallery | 5 hingga 9 Disember 2018 |
Johor |
|
Wetex Parade | 12 hingga 14 Oktober 2018 |
Komtar JBCC | 23 hingga 25 November 2018 |
Paradigm Mall JB | 14 hingga 16 Disember 2018 |
Kelantan | |
AEON Mall Kota Bharu | 26 hingga 28 Oktober 2018 |
Kedah |
|
Aman Central Mall | 1 hingga 4 November 2018 |
Penang |
|
Queensbay Mall | 15 hingga 18 November 2018 |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.bmw.com.my.
No Comment