Berita Auto

GIIAS 2018 Dari 2 Hingga 12 Ogos

GAIKINDO Indonesia International Auto Show atau GIIAS bermula hari ini, 2 Ogos dan akan berlangsung sehingga 12 Ogos 2018 di ICE BSD City, Tangerang. Acara antarabangsa ini akan memperkenalkan produk dan teknologi baru dengan harapan memberikan idea dan inspirasi kepada pengunjung.

Tema tahun ini ialah ‘Beyond Mobility’ gerakan evolusi kenderaan bermotor dari sebuah alat pengangkutan menjadi sebuah sumbangan yang dapat mendorong mempercepatkan kualiti kehidupan manusia. Tema ini akan dapat dilihat dalam pelbagai produk yang terdapat di seluruh GIIAS 2018.

GIIAS tahun ini dianggap lebih istimewa untuk GAIKINDO kerana mereka akan mengumumkan dua acara yang penting untuk Indonesia.

1. Deklarasi era Euro4 dan 2. Pelancaran Alat Mekanik Mulitiguna Luar Bandar (AMMDes) oleh kerajaan Indonesia sebagai satu pencapaian industry di Indonesia.

Jenama kereta yang mengambil bahagian termasuk  Audi, BMW, Chevrolet, Daihatsu, Datsun, DFSK, Honda, Hyundai, Isuzu, Lexus, Mazda , Mercedes-Benz, Mini, Mitsubishi Motors, Nissan, Suzuki, Toyota, VolksWagen dan Wuling untuk kereta penumpang.

Kenderaan perdagangan pula yang mengambil bahagian dalam acara ini adalah FAW, Hino, Isuzu, Mitsubishi Fuso, Tata Motors dan UD Trucks.

Lebih daripada 40 kenderaan baru akan dilancarkan di GIIAS 2018 manakala motosikal komersial pula akan melancarkan 8 konsep motor dan motor baru. GIIAS 2018 akan menjadi pameran auto dunia di mana GIIAS akan mendapat banyak perhatian dari dunia antarabangsa.

 

Previous post

Honda RS150R Kini Dalam Warna Pearl Magellanic Black

Next post

Lexus LC Yellow Edition Lebih Menyerlah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *