Honda Malaysia Umum Pemenang Kempen ‘Sprint to the Suzuka Circuit’
Honda Malaysia telah mengumumkan dan meraikan pemenang bagi kempen ‘Sprint to the Suzuka Circuit’. Kempen ini diadakan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan Honda yang membeli dan mendaftar Civic Type R sepanjang tempoh April hingga Julai tahun ini.
10 pemenang eksklusif dipilih berdasarkan jawapan paling kreatif kepada dua soalan pendek. Setiap pemenang menerima dua tiket penerbangan kelas perniagaan, dua tiket masuk ke 2018 Formula 1 Japanese Grand Prix di Suzuka Circuit pada Oktober 2018, penginapan selama 5 hari 4 malam di Jepun dan dua set barangan rasmi Honda, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM30,000.
Mengulas tentang kempen tersebut, pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Saya ingin mengucapkan penghargaan saya kepada pelanggan Civic Type R di atas sokongan mereka terhadap Honda Malaysia.”
Sebagai model Honda paling berkuasa yang pernah dijual di Malaysia, Honda telah menerima lebih daripada 100 tempahan dan telah menyerahkan lebih 80 unit Civic Type R sejak pelancarannya pada November 2017.
Berikut adalah senarai nama pemenang:
No Comment