Berita Auto

Ini Bukan Sekadar Kereta Keluarga

Salah satu pelancaran yang paling mengejutkan adalah Hyundai Ioniq. Pada masa di mana hanya pengeluar-pengeluar kenderaan premium membawa masuk ‘powertrain’ berteknologi tinggi ke Malaysia, Hyundai menerjah pasaran dengan menawarkan Ioniq pada harga yang mampu milik. Dengan pengeluaran tempatan dan status EEV, rakyat Malaysia dapat merasai teknologi canggih dalam sedan saiz pertengahan pada harga sekitar RM100,000 sahaja.

BHP

Sebelum membuka hud pun anda sudah boleh melihat bahawa Ioniq adalah kenderaan yang futuristik. Ia mempunyai reka bentuk 2.5 kotak untuk mencapai aerodinamik maksimum. Hasilnya adalah pekali seret (Cd) 0.24, iaitu sama rendah dengan Tesla Model S! Hyundai turut menggunakan lebih banyak bahagian aluminium berbanding kereta biasa bagi mengurangkan berat tanpa menjejaskan kekuatannya.

hyundai_ioniq_9-620x350

Di bahagian hadapan Ioniq, anda akan mendapati logo Hyundai yang terletak pada modul radar di tengah-tengah gril. Radar tersebut digunakan bersama dengan kamera hadapan bagi ciri Autonomous Emergency Braking (AEB) dan Smart Cruise Control (SCC).

Hyundai Ioniq Hybrid Launch 19

AEB boleh menjadi penyelamat nyawa kerana ia boleh menghentikan atau memperlahankan Ioniq apabila ia mengesan perlanggaran akan berlaku. SCC pula menggunakan ciri Cruise Control dan mengawal brek dan pemecut bagi menjaga jarak dengan kenderaan di hadapan. Ini boleh mengurangkan stress ketika memandu di lebuh raya kerana anda hanya perlu menumpukan perhatian kepada lorong anda.

hyundai_ioniq_8

Terdapat sistem keselamatan lain yang turut menggunakan sensor pada Ioniq. Jika pemandu terkeluar dari lorong yang dipandu, kereta itu akan mengeluarkan bunyi amaran dan cuba masuk kembali ke tengah lorong. Terlalu banyak kemalangan yang sebenarnya boleh dicegah berlaku apabila pemandu terlelap dan sistem ini berfungsi untuk mengurangkan bilangannya.

hyundai_ioniq_6-1

Teknologi pada Ioniq tidak bertumpukan pada aspek keselamatan semata-mata. Ada juga ciri-ciri yang memperkayakan pengalaman pengguna dengan cara lain. Sebagai contoh, kluster instrumen digital sepenuhnya memberikan pemandu segala informasi yang diperlukan dengan jelas, termasuk dari sistem pemantauan tekanan tayar (Tyre Pressure Monitoring System). Anda juga mendapat pengecas Qi di dalam kabin, jadi anda tidak perlu risau sekiranya tertinggal kabel pengecas di rumah.

Hyundai Ioniq Hybrid Launch 37

Akhir sekali, teknologi paling canggih yang ada pada Ioniq adalah pacuan hibridnya. Ia merangkumi sebuah enjin petrol dan sebuah motor elektrik yang digandingkan untuk mencapai kecekapan maksimum.

hyundai_ioniq_5

Berada di bawah hud adalah enjin suntikan terus 1.6-liter yang beroperasi dalam kitaran Atkinson yang lebih cekap berbanding enjin kitaran Otto. Ini memberikan enjin tersebut kecekapan termodinamik sebanyak 40 peratus, berbanding 30 hingga 35 peratus bagi kebanyakan enjin moden yang lain. Walaupun menghasilkan kuasa yang lebih rendah, enjin tersebut disokong oleh motor elektrik yang menghasilkan 43 hp dan 170 Nm, cukup untuk membolehkan Ioniq memecut sehingga 120 km/j dalam mod Eco.

hyundai_ioniq_8-1

Masukkannya ke dalam mod Sport, anda akan merasai kuasa tambahan untuk pecutan dan tindak balas maksimum. Mod ini juga memanfaatkan keupayaan transmisi dwi-klac enam kelajuan Ioniq untuk menukar gear dengan cepat dan lancar.

Hyundai-Ioniq-3

Hanya selepas memandu Ioniq anda akan dapat melihat betapa canggihnya sistem hibrid Hyundai. Para jurutera memastikan bahawa kereta ini boleh dipandu seperti kereta normal. Peralihan daripada kuasa elektrik ke kuasa petrol berlaku tanpa sebarang gangguan, malahan penukaran gear juga dilakukan dengan lancar.

Hyundai IONIQ (2)

Di sini jelas Hyundai telah melakukannya dengan cara mereka sendiri. Bateri Ioniq menggunakan campuran lithium-ion polimer dan diletakkan pada kedudukan yang rendah di bawah tempat duduk penumpang belakang. Ini membantu dari segi kestabilan pada kelajuan tinggi selain menghasilkan but yang luas dengan ruang untuk tayar ganti bersaiz penuh. Tambahan pula, jika dibandingkan dengan Toyota Prius, kapasiti bateri Ioniq adalah dua kali lebih besar, memberikannya kelebihan dari segi ekonomi bahan api.

Hyundai Ioniq Hybrid Launch 07

Selain itu, transmisi yang diperkatakan tadi merangkumi beberapa modul, bermakna ia boleh diservis dan tidak perlu diganti, tidak sepeti transmisi dwi-klac yang lain.

Hyundai-Ioniq-4

Dan bagi memastikan ketenangan minda, Hyundai mempakejkan Ioniq dengan jaminan selama lima tahun atau 300,000 km serta jaminan selama lapa tahun tanpa had perbatuan untuk bateri. Untuk harga antara RM95,000 hingga RM110,000, Ioniq adalah tawaran yang sukar untuk dilepaskan bagi mereka yang mahukan teknologi terkini yang hebat.

Previous post

UMW Toyota Motor Umum Pembabitan Dalam eSports

Next post

BMW Malaysia dan FLYPROJECT Anjur Kelas Kecergasan FlyCycle Outdoor yang Terbesar di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *