Ini Dia Lynk & Co Sedan Baharu … 03
Ini adalah gambar pertama versi pengeluaran sedan Lynk & Co “03”. Ia serupa dengan konsep yang ditunjukkan oleh Geely (pemilik Lynk & Co) pada April 2017 di Pameran Auto Shanghai. Dalam beberapa minggu, sedan ini akan debut di China di Chengdu Motor Show.
Di China, Lynk & Co SUV “01” sudah dihasilkan, varian yang lebih besar, “02” juga dalam pengeluaran semasa anda membaca ini. Sama ada sedan “03” ini masuk ke pasaran dunia ianya terpulang kepada pengurusan Geely. Sedan ini kini terutamanya untuk pasaran China.
No Comment