Ini Mustang Edisi Warisan Hennessey Dengan 918Nm Tork
Merayakan kereta yang ke 10,000 syarikat itu, Edisi Warisan Mustang ini telah dinaik taraf untuk menyampaikan kuasa gila 808 kuasa kuda pada 7,200 rpm dan 918 Newton-meter tork pada 4,500 rpm.
Enjin 5.0 liter V8 mencapai 100km / j dari 0km/j dalam masa 3.3 saat sahaja dan melengkapkan suku batu dalam 10.7 saat pada 212km / j.
Kelajuan tertinggi, lebih dari 322km/j.
Di bawah hud, supercharger yang lebih besar dengan intercooler custom. Untuk pengendalian tambahan, anda akan mendapat penggantungan sukan yang diturunkan dan roda 20 inci yang dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.
Hanya 19 kereta yang dirancangkan untuk pengeluaran dan harga Heritage Edition Mustang ini bermula dari USD89,950 dan pada masa anda baca ini mungkin sudah habis dijual kerana bilangannya yang terhad.
No Comment