Berita Auto

Kadang-kadang Anda Perlu Melihat Lebih Dari Sekadar Logo

Masih ingat Elantra versi sebelum ini? Ia adalah salah satu kereta Hyundai pertama yang menonjol terima kasih kepada bahasa reka bentuk yang dikenali sebagai ‘Fluidic Sculpture’. Ramai rakyat Malaysia termasuk kami menyukai kereta itu kerana Hyundai Sime Darby berjaya memberikan kelengkapan yang cukup pada harga yang tepat. Walaupun ia mengagumkan, Elantra generasi kelima masih mempunyai kekurangan dari segi penghalusan. Ia adalah satu langkah kecil dalam menuju ke arah yang betul.

BHP

hyundai-1.6turboP1014573

Hari ini, Hyundai adalah pengeluar kereta bertaraf dunia. Dan Elantra Sport generasi keenam adalah buktinya.

hyundai-1.6turboP1014569

Anda boleh melihatnya dengan serta-merta menerusi cara kereta ini direka. Rupa Fluidic Sculpture yang asal telah digantikan sepenuhnya oleh imej yang lebih matang. Daripada rupa sedan yang tradisional, bentuknya telah diubah secara perlahan-lahan menjadi 2.5 kotak (2.5 box). Gril depan berbentuk heksagon dan lampu bersegi memberikannya rasa Eropah.

hyundai-1.6turboP1014588

Hyundai juga dilihat semakin berani dengan keperibadian Elantra baharu ini. Anda mendapat beberapa pilihan warna yang terang-benderang, termasuk Blazing Yellow, Marina Blue dan Fiery Red. Bukan itu sahaja, bahagian dalaman turut dihiasi dengan upholsteri kulit berwarna merah yang garang.

hyundai-1.6turboP1014591

Namun ia lebih dari sekadar perubahan bentuk. Elantra Sport turut mendapat enjin turbo serta transmisi automatik dwi-klac dengan penukaran gear yang cepat. Jadi, dengan bayaran cukai jalan sebanyak RM90 setiap tahun, anda juga mendapat lebih dari 200 hp dan 265 Nm tork.

hyundai-1.6turboP1014596

Dahulunya Elantra dikenali dengan prestasi yang biasa sahaja, namun model baru ini mampu memimpin pesaingnya. Ia hanya sedikit lebih mahal berbanding Elantra standard, namun anda bukan sahaja mendapat lebih kelajuan dari jentera ini, malah setup suspensi yang lebih sofistikated. Dengan suspensi bebas ‘multi-link’, tiada kompromi antara keselesaan dan dinamik.

hyundai-1.6turboP1014593

Bagi mereka yang mencari sesuatu yang lebih ‘hangat’ berbanding sedan biasa, cubalah pandu uji Elantra. Harga bermula dari RM109,888 (On-The-Road tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia sahaja).

hyundai-1.6turboP1014621

Anda juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM10,000 dan pakej servis percuma untuk tiga tahun atau 50,000 km.

hyundai-1.6turboP1014600

hyundai-1.6turboP1014611

hyundai-1.6turboP1014607

 

Previous post

Peningkatan Perisian AWD Volvo Untuk Pemanduan Yang Menyeronokan

Next post

BMW 3-Series Generasi Ke 7 Sedang Diuji Di Munich

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *