Berita Auto

Kalashnikov Berminat Hasilkan Kereta Elektrik?

Percayakah anda bahawa kereta kecil molek ini dihasilkan oleh salah satu pengeluar senjata terbesar dunia iaitu Kalashnikov?

BHP

Ya, nampaknya syarikat yang menghasilkan raifak AK-47 itu mula menunjukkan minatnya dalam bidang kereta elektrik apabila mempamerkan sebuah model konsep dengan reka bentuk retro di sebuah forum tentera di Moscow baru-baru ini.

0f5a5788-kalashnikov-cv-1-4

Menurut laporan The Drive, kereta yang dikenali sebagai CV-1 itu direka berasaskan Izh 2125 Kombi, sebuah hatchback kompak yang dikeluarkan oleh kerajaan Soviet dari 1972 hingga 1997.

2dec235b-kalashnikov-cv-1-2

CV-1 mempunyai pacuan elektrik yang terdiri dari bateri berkapasiti 90 kWj yang mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 350 km. Bateri tersebut menghasilkan 295 hp, membolehkan kereta ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kurang enam saat.

cbfacc26-kalashnikov-cv-1-8

Buat masa ini, CV-1 hanya akan digunakan sebagai platform untuk menguji teknologi-teknologi baharu. Kalashnikov tidak menyatakan sebarang rancangan berkenaan model konsep ini ataupun hala tujunya dalam segmen kenderaan elektrik.

Previous post

Kapcai SYM E Bonus 110 (2018) Dilancarkan di Malaysia

Next post

Jeep Akan Elektrik ... 30 model Menjelang 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *