Lexus LC Yellow Edition Lebih Menyerlah
Lexus LC adalah jentera sports coupe yang sudah cukup menarik perhatian, namun untuk membuatkan ia lebih menonjol di atas jalan raya, syarikat itu telah memperkenalkan versi Yellow Edition.
Seperti yang dicadangkan oleh namanya, versi ini didatangkan dalam warna Flare Yellow yang dipadankan dengan rim 21 inci serta bumbung dan spoiler belakang yang diperbuat daripada gentian karbon.
Tema ini diteruskan di bahagian dalam, di mana panel pintu dihiasi dengan kemasan Alcantara berwarna kuning. Bukan itu sahaja, jahitan kontras pada tempat duduk, panel instrumen, stereng dan perehat tangan turut didatangkan dalam warna yang sama.
Kelengkapan LC Yellow Edition tidak kurang hebatnya, dengan pakej Sport+ yang merangkumi Lexus Dynamic Handling, Variable Gear Ratio Steering dan Limited-Slip Differential jenis Torsen.
Yellow Edition ditawarkan pada kedua-dua varian LC500 dan LC500h. Ia akan dipamerkan di acara Paris Motor Show pada bulan Oktober ini.
No Comment