Mercedes-Benz Lancar Autohaus Kuantan
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan rakan pengedarnya, Asbenz Stern Sdn Bhd telah merasmikan pembukaan cawangan Autohaus dan pusat servis yang terletak di Kuantan, Pahang.
Cawangan terbaru itu menawarkan khidmat 3S (jualan, servis dan alat ganti) dengan lapan kakitangan jualan dan 12 kakitangan perkhidmatan pelanggan terlatih yang sedia berkhidmat untuk pelanggan.
Pusat servis Asbenz Stern mempunyai 10 ruang servis dan satu ruang pemeriksaan dengan kapasiti untuk menyenggara sehingga 250 buah kenderaan sebulan, manakala bilik pamerannya mampu memuatkan sehingga tujuh buah kenderaan pada satu-satu masa.
Berukuran 3,860 kaki persegi (bilik pameran) dan 13,496 kaki persegi (pusat servis), Asbenz Stern Autohaus menampilkan konsep Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) dan identiti korporat terbaru jenama itu. Ia juga mempunyai ciri I-Showroom yang memberikan akses kepada produk dan promosi terkini Mercedes-Benz di hujung jari.
Bilik pameran Asbenz Stern Kuantan terletak di A7 & A9, Ground Floors, Jalan Tun Ismail 1 manakala pusat servisnya pula beralamat di Lot 16606, Batu 3 Industrial Area, Jalan Gambang.
Pelancaran Autohaus terbaru ini memperkukuhkan lagi kehadiran Mercedes-Benz di Pantai Timur. Setakat ini, MBM mempunyai 34 Autohaus di seluruh negara.
No Comment