Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Nissan Navara VL Plus Baharu Kini Dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM)

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini melancarkan penambahan terbaharu ke dalam rangkaian model Navara, Nissan Navara VL Plus, dilengkapi dengan teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) dan sistem keselamatan yang telah dipertingkatkan. 11 New Nissan Navara VL Plus_Intelligent Arouond View Monitor

Varian Navara VL Plus kini dipasang dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM), teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang menggunakan 4 unit kamera untuk menyediakan pandangan 360° dari atas kenderaan bagi memudahkan urusan navigasi di kawasan yang sempit dan ketika parkir.

BHP

7 Beg Udara SRS (dua di hadapan, sisi, jenis curtain dan lutut pemandu) turut dipasang untuk perlindungan tambahan. Manakala Speedometer Digital baharu yang disepadukan dengan Advance Driver-Assist Display (ADAD)menawarkan pemanduan yang lebih mudah.

12 New Nissan Navara VL Plus_7 Airbags

Navara VL Plus terus menjanjikan prestasi pemanduan dinamik dengan enjin diesel 2.5 litre turbo intercooler yang mampu menjana kuasa sehingga 190 PS dan tork 450Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan bersama mod manual yang pertama dalam kelasnya untuk pecutan lebih lancar.

09 New Navara VL Plus_Advance Driver Assists Display with Digital Speedometer

Bukan itu sahaja, Navara ialah trak pikap pertama Jepun di Malaysia dipasang dengan Sistem Suspensi Belakang Multi-Link yang menawarkan pemanduan selesa dan pengendalian luar biasa, sama seperti sebuah SUV. Bersama dengan Tempat duduk yang diinspirasikan daripada Graviti Sifar, keselesaan dipertingkatkan lagi kerana iamembantu menghilangkan kepenatan pemandu semasa perjalanan yang jauh. Sama ada untuk kegunaan rekreasi atau perniagaan, Navara adalah pickup dwi kabin yang boleh dipercayai mampu membawa beban maksimum seberat satu tan.

10 New Navara VL Plus_Advance Driver Assists Display with Digital Speedometer

Nissan Navara VL Plus hadir dengan jaminan selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km (mana-mana tiba dahulu). Trak pikap ini juga boleh didapati dalam pakej Black Series yang agresif.

NAVARA 2.5L VL PLUS NAVARA 2.5L VL PLUS – BLACK SERIES
Semenanjung Malaysia RM119,869.08 RM123,642.67
Sabah RM121,700.23 RM125,473.82
Sarawak RM121,705.41 RM125,479.00
Labuan RM121,600.00 RM125,400.00
Langkawi RM120,600.00 RM124,400.00

*       Harga di atas jalan termasuk 0% GST tanpa insurans

*       Pakej Black Series merangkumi: Eyelid Lampu Utama berwarna hitam matte, Gril Hadapan Hitam Matte, Bampar Hadapan digelapkan, Perumah Lampu Kabus Hitam Matte, perumah Cermin SIsi Hitam Matte, Sport Bar Hitam

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Navara VL Plus akan membuat penampilan dalam acara Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara di bilik-bilik pameran terpilih pada dua hujung minggu (4 hingga 5 Ogos dan 11 hingga 12 Ogos), bermula jam 10am hingga 8pm. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara dan menjadi yang terawal memandu uji Navara VL Plus baharu.

Tawaran, hadiah dan aktiviti menarik ada disediakan di karnival tersebut. Antaranya ialah aktiviti mesra alam Nissan Nurtures Nature yang menyeronokkan dan berkisar tentang falsafah alam sekitar 3R: Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula) dan Reconnect (berhubung semula):

  • Reduce – Aktiviti menanam pokok-pokok herba; menjadikan kediaman lebih hijau untuk mengurangkan Karbon Dioksida (CO2) dan menghasilkan lebih banyak Oksigen (O2).
  • Recycle – Menukar bahan buangan menjadi sesuatu yang boleh digunakan; satu pameran menunjukkan penggunaan tayar terpakai yang ditukar menjadi perabot yang menarik
  • Reconnect – Menikmati keindahan semula jadi memdatangkan ketenangan dan menyegarkan kembali serta memberi tenaga kepada tubuh badan serta minda. Satu siri Eco Talk oleh pihak aktivis eco akan mendidik pemilik serta pelanggan tentang kenapa kita perlu dan bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam menyumbang kembali kepada alam sekitar.

?????????????????????????

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara:

Tarikh Wilayah lokasi
3 – 4 Ogos Pantai Timur AEON Kota Bharu, Kelantan
4 – 5 Ogos Tengah ETCM Glenmarie
Tengah ETCM Cheras
Utara ETCM Sungai Petani
Utara ETCM Taiping
Pantai Timur ETCM Kuantan *
Selatan ETCM Semabok
Sarawak ETCM Miri
Sabah Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu
11 – 12 Ogos Tengah ETCM Petaling Jaya *
Tengah ETCM Puchong
Utara ETCM Weld Quay
Utara ETCM Ipoh
Selatan ETCM Seremban
Selatan ETCM Johor Jaya *
Sarawak ETCM Kuching
Sabah ETCM Sandakan

*     Eksklusif dengan aktiviti Nissan Nurtures Nature

*     Sesi Eco Talk hanya diadakan pada Sabtu (4 dan 11 Ogos 2018)

15 Nissan Nurtures Nature_Herb Planting Activitiy

Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan:

Tarikh Lokasi
3 – 5 Ogos The Spring Shopping Mall, Kuching
3 – 5 Ogos Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu
3 – 5 Ogos Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
6 – 12 Ogos AEON Seri Manjung, Perak
9 – 12 Ogos Starling Mall, Petaling Jaya
17 – 19 Ogos Kluang Mall, Johor
21 – 25 Ogos AEON Tebrau City, Johor Bahru
22 – 26 Ogos Mid Valley Megamall Exhibition Centre, Midvalley, Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88-3838.

17 Nissan Nurtures Nature - Herbs planting activity 2

Previous post

Ini Dia Suzuki Vitara Facelift

Next post

Perodua Bersiap Sedia Untuk Menerima Jangkaan Rekod 2.14 Juta Pengambilan Servis Tahun Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *