Pelancong Kumpul Saman Trafik RM183k di Dubai
Seorang pelancong British dilaporkan telah mengumpul saman trafik berjumlah kira-kira $45,000 (RM183,204) ketika bercuti di Dubai.
Menurut BBC, lelaki yang tidak dikenali itu dikatakan menyewa sebuah Lamborghini Huracan dan memandu melebihi had kelajuan di salah sebuah jalan paling sibuk di bandar itu beberapa kali antara pukul 2:30 pagi hingga 6:00 pagi pada hari Selasa minggu lalu.
Memetik akhbar tempatan The National, lelaki itu dikatakan mencetus setiap kamera kelajuan yang dipasang di sepanjang jalan Sheikh Zayed, malah memecut sehingga 240 km/j.
Pemilik syarikat di mana lelaki itu menyewa supercar tersebut mengatakan pemandu itu meninggalkan pasportnya sebagai jaminan, namun pihaknya enggan menuntut semula kereta tersebut kerana mereka tidak mahu membayar saman itu.
Saman dikeluarkan kepada syarikat kereta sewa tersebut sebagai pemilik berdaftar dan bukannya kepada pemandu tersebut kerana beliau adalah seorang pelancong.
Pihak syarikat tersebut juga khuatir lelaki itu akan membuat laporan kehilangan pasport di kedutaan untuk mendapatkan yang baru dan seterusnya pulang tanpa membayar saman tersebut.
No Comment