Berita Auto

Perodua Bersiap Sedia Untuk Menerima Jangkaan Rekod 2.14 Juta Pengambilan Servis Tahun Ini

Sebagai persediaan untuk mencapai rekod 2.14 juta pengambilan servis kenderaan yang dijangka pada tahun ini, Perodua berusaha untuk meningkatkan lagi piawaian, kemahiran dan pengetahuan kakitangan lepas jualannya di seluruh negara menerusi Peraduan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua.

BHP

Pertama kali diadakan pada tahun 1997, Peraduan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua memperlihatkan beberapa kategori seperti penasihat servis, formen, mekanik, serta kategori baru iaitu penasihat servis badan kenderaan dan cat (B&P), berentap menerusi beberapa senario yang berkaitan dengan pelanggan.

pic2

Peraduan tahun ini adalah antara yang terbesar yang pernah dijalankan, dengan lebih daripada 2,000 kakitangan lepas jualan di seluruh negara (cawangan dan pengedar sah Perodua) mengambil bahagian dalam pusingan awal pada bulan Februari lalu.

People First dalam slogan Perodua merujuk kepada pekerja serta pelanggan kami. Kami tidak akan berhenti menambahbaik dan meningkatkan keupayaan pekerja kami supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami dan seterusnya mengekalkan kepercayaan mereka kepada Perodua,”  kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

pic3

Previous post

Nissan Navara VL Plus Baharu Kini Dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM)

Next post

MINI Malaysia Berkecimpung Dalam Bidang Fesyen

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *