Berita Auto

Prodrive Mahu Bina Kereta Amfibia

Sebut sahaja nama Prodrive, anda pasti terbayangkan jentera rali Subaru Impreza dan penglibatan syarikat itu dalam pelbagai cabang sukan permotoran. Namun untuk mengembangkan lagi portfolionya, Prodrive kini dilaporkan sedia untuk mencuba sesuatu yang agak berlainan daripada biasa.

BHP

Bercakap kepada Autocar, pengerusi Prodrive, David Richards berkata syarikatnya berminat untuk membangunkan kereta amfibia sendiri. Idea ini tercetus apabila Richards membeli Panther, sebuah kereta amfibia yang dibangunkan oleh WaterCar yang berpangkalan di California.

“Saya terkejut dengan kualitinya, jadi saya beli satu dengan tujuan untuk mengimport beberapa unit ke Eropah. Tetapi terlalu banyak peraturan di Kesatuan Eropah (EU), termasuk pelepasan dan ujian pelanggaran,” kata Richards.

Menurut Richards lagi, tumpuan utama adalah untuk membina sebuah kenderaan yang boleh dipandu di atas jalan dengan ruang lega tanah yang mencukupi dan boleh bergerak di atas air dengan kelajuan sehingga 30 knot (55 km/j).

watercar 2

Oleh kerana ia memerlukan jumlah tork yang tinggi, kereta amfibia tersebut kemungkinan besar akan menggunakan enjin turbodiesel. Dan seperti yang kita tahu, jentera unik seperti ini bukan murah, dengan harga yang dianggarkan sekitar £150,000 (RM789,000).

Adakah rancangan ini akan terlaksana atau sekadar menjadi projek ‘gajah putih’? Sama-sama kita nantikan.

Previous post

Angka-Tan Motor Lancar Trak Foton Auman EST

Next post

Pelancong Kumpul Saman Trafik RM183k di Dubai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *