Motosikal / Skuter / Roda

Sekarang Masa Terbaik Untuk Dapatkan Motosikal Indian

Harmony Fabulous Sdn Bhd, pengedar tunggal motosikal Indian Motorcycle di Malaysia, kini mengadakan promosi Merdeka Special yang melibatkan dua model iaitu Indian Scout dan Indian Chieftain Limited.

BHP

Indian Scout menawarkan rekaan casis yang canggih dengan rangka aluminium tempaan. Ia dikuasakan oleh enjin V-Twin 1,133 cc yang menghasilkan 100 hp dan 97.7 Nm pada 6,000 rpm. Selain itu, model ini turut menampilkan ABS bagi tayar depan dan belakang serta tangki sebesar 12.5 liter.

Scout_Silver_Smoke_16PT_0001

Satu lagi model ikonik iaitu Indian Chieftain Limited dijana oleh enjin Thunder Stroke 111 V-Twin dengan tork berjumlah 161.6 Nm. Ia dilengkapi dengan ABS, Cruise Control, Keyless Start dan penghadang angin boleh laras. Motosikal ini juga mempunyai sistem infotainmen tersendiri iaitu Ride Command dengan skrin sentuh bersaiz 7 inci dan sistem audio 100-watt.

2017-IMC-PR-SCOUT-BL-WHT_1506

Dari sekarang hingga 31 Ogos 2018, mereka yang berminat berpeluang untuk menikmati lebih penjimatan sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula.

  • Indian Scout (model 2016) dalam warna Smoke Silver: RM79,000 (harga atas jalan tanpa insurans dan 0%GST). Harga asal adalah RM111,000.
  • Indian Scout (model 2017) dalam warna Brilliant Blue: RM88,000 (harga atas jalan tanpa insurans dan 0%GST). Harga asal adalah RM111,000.
  • Indian Scout (model 2018) dalam warna Willow Green: RM99,000 (harga atas jalan tanpa insurans dan 0%GST). Harga asal adalah RM111,000.
  • Indian Chieftain Limited (model 2018) dalam warna Thunder Black Pearl Graphics: RM204,000 (harga atas jalan tanpa insurans dan 0% GST). Harga asal adalah RM233,000.

Setiap pembelian didatangkan dengan pakej jaminan selama dua tahun tanpa had perbatuan, servis percuma sebanyak lima kali bernilai RM2,500 termasuk harga buruh, baucar bernilai RM3,000 dan hadiah eksklusif.

Scout_Willow_Green_Front_3Q0000

Lihat barisan model Indian Motorcycle dengan lebih dekat di bilik pameran Naza Automall, Petaling Jaya yang dibuka dari 9 pagi hingga 7 petang setiap hari.

 

Previous post

BMW 3-Series Generasi Ke 7 Sedang Diuji Di Munich

Next post

SUV Proton 'Boyue' Akan Berharga Antara RM98,000 Hingga RM115,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *