Berita Auto

Volkswagen Lanjutkan Tempoh Tanpa Cukai Untuk Stok Terhad

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumuman lanjutan tempoh tanpa cukai untuk rangkaian modelnya menerusi Skim Perlindungan Harga yang melibatkan semua model Volkswagen yang didaftarkan sekarang sehingga 15 November 2018.

BHP

Dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018, sebarang perbezaan harga yang berdasarkan kepada harga 0% GST sekarang akan diserap oleh VPCM.

Skim itu melibatkan semua model yang dijual di Malaysia, sama ada pemasangan tempatan dan import. Namun begitu, stok adalah terhad dan pelanggan harus mengambil peluang ini untuk membuat tempahan sebuah Volkswagen baharu, seterusnya menikmati Skim Perlindungan Harga bagi mengelakkan kekecewaan.

Volkswagen Beetle

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Maklum balas sejak tiga bulan lalu berikutan pengumuman 0% GST sangat memberangsangkan. Kami cuba untuk memenuhi semua permintaan. Pengenalan Skim Perlindungan Harga merupakan satu cara VPCM untuk membuktikan bahawa kami sangat mengutamakan para pelanggan. Jadi, kami ingin menggesa pelanggan supaya membuat tempahan sekarang dan menikmati lanjutan tempoh tanpa cukai ini.”

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Previous post

Mercedes-Benz Lancar Autohaus Kuantan

Next post

Pelanggan Bertuah Bawa Pulang Ford Fiesta Sempena Ulang Tahun Extravaganza ke-10 SDAC

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *