Volkswagen Panggil Balik Tiguan & Touran Untuk Mengelakkan Kebakaran
Lagi berita Volkswagen. Syarikat itu kini perlu memanggil balik kira-kira 700,000 SUV Tiguan dan MPV Touran di seluruh dunia akibat kemungkinan kecacatan lampu, majalah perdagangan Jerman Kfz-Betrieb melaporkan Isnin ini.
Majalah itu melaporkan bahawa kelembapan boleh menyebabkan litar pintas di jalur lampu bumbung panorama kereta yang terjejas. Litar pintas dalam modul LED boleh menyebabkan kerosakan teruk di atas bumbung dan mungkin menyebabkan kebakaran kenderaan, kata majalah itu, memetik jurucakap syarikat.
Berapa buah keretakah yang terjejas di Malaysia?
No Comment