Berita Auto

BMW 6 Series GT Kini di Malaysia – RM450,000

Diperkenalkan di peringkat global pada pertengahan tahun lalu, BMW 6 Series GT kini secara rasmi dilancarkan bagi pasaran Malaysia. Model itu ditawarkan dalam versi 630i GT dan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan BMW di Kulim, Kedah.

BHP

6 Series GT tampil dengan luaran yang gah dan tersendiri, dengan lensa lampu depan LED ‘Adaptive’ yang mengunjur ke gril ‘kidney’ yang ikonik. Elemen keanggunan dapat dilihat melalui bonet yang memanjang, posisi kabin yang miring ke belakang, jarak roda berukuran 3,070 mm, tingkap pintu tidak berbingkai, garis bentuk tingkap yang melandai ke belakang, serta lengkok berkembar Hofmeister.

BMW Malaysia Introduces the First-Ever BMW 6 Series GT (10)

Garis bumbung jentera ini mengunjur ke bawah dan bersambung dengan bahagian belakang yang juga lebih rendah sebanyak 64 mm, sementara set roda aloi 20-inci ‘648 M’ hadir dalam kemasan dwiwarna dengan set tayar bercampur.

BMW Malaysia Introduces the First-Ever BMW 6 Series GT (8)

Bahagian dalaman jentera ini menawarkan ruang yang lebih lapang, di samping posisi tempat duduk yang dinaikkan memberi kelebihan pemandangan bagi setiap penumpang. Ia dilengkapi dengan sistem iDrive dengan Touch Controller yang terletak di konsol serta Control Display yang hadir dengan skrin sentuh ‘freestanding’.

BMW Malaysia Introduces the First-Ever BMW 6 Series GT (6)

Paparan resolusi tinggi pula kini mempunyai skrin bersaiz 10.25 inci, manakala susun atur menu yang menggunakan penggayaan jubin serta grafik beranimasi dalam mod ‘live’ membolehkan pengoperasian yang intuitif.

BMW Malaysia Introduces the First-Ever BMW 6 Series GT (15)

6 Series GT juga menawarkan kemudahan melalui fungsi arahan suara yang diperbaik, kawalan isyarat tangan serta paparan ‘head-up’ baharu. Stereng M Sport, papan pemuka Sensatec Leather dan Fineline Ridge yang menggunakan bahan Fine Wood dengan kemasan krom (Pearl Gloss Chrome) menyempurnakan keterampilan jentera ini.

BMW Malaysia Introduces the First-Ever BMW 6 Series GT (7)

Di bawah bonet jentera ini, enjin TwinPower Turbo 2.0-liter yang digandingkan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan menjana kuasa maksimum yang mencecah 258 hp dan 400 Nm. Ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.3 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 250 km/j.

BMW Malaysia Introduces the First-Ever BMW 6 Series GT (14)

Dari segi penawaran warna, model ini boleh didapati dalam warna Alpine White, Bluestone, Carbon Black dan Sophisto Grey yang dipadankan dengan warna Leather Dakota Black bagi bahagian dalaman. Pelanggan yang memilih warna Carbon Black dan Sophisto Grey boleh mendapatkan warna Leather Dakota Cognac untuk bahagian dalaman.

BMW Malaysia Introduces the First-Ever BMW 6 Series GT (11)

Harga anggaran 6 Series GT adalah RM450,000 (atas jalan, tanpa insurans). Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, ia boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM 5,178 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

 

Previous post

Harga Volvo Car Malaysia Dengan SST

Next post

Mercedes-Benz Malaysia Umum Senarai Harga Selepas SST

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *