Berita Auto

BMW 8 Series Convertible Sedang Diuji

BMW nampaknya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkembangkan barisan model 8 Series. Selepas memperkenalkan versi Coupe pada pertengahan tahun ini, jenama itu kini kembali dengan versi Convertible pula.

BHP

Bagaimanapun, model ‘open-top’ itu masih dalam fasa ujian dan baru sahaja melengkapkan sesi ujian iklim panas di Las Vegas dan Death Valley di Amerika Syarikat, di mana suhu melebihi 50 darjah Celsius.

bmw-8-series-convertible-teaser (3)

Menurut BMW, ujian ini membolehkannya menguji serta mendapatkan data berkaitan ketahanan komponen kereta seperti peralatan elektronik, sensor, kamera, sistem operasi serta sistem pendingin hawa di bawah cuaca yang ekstrem.

bmw-8-series-convertible-teaser (4)

Bukan itu sahaja, persekitaran berdebu di gurun Mojave turut menguji ketahanan bumbung ‘soft top’ dan mekanismanya, manakala jalan berbatu di sekitar Mount Whitney dan trafik sesak di Las Vegas menguji aspek pemanduan dan dinamik 8 Series Convertible.

bmw-8-series-convertible-teaser (2)

Model ini dijangka ditawarkan dengan pilihan enjin yang sama dengan Coupe iaitu enjin 4.4-liter twin-turbo V8 dengan 523 hp dan 750 Nm, dan enjin 3.0-liter twin-turbo enam sebaris yang menghasilkan 315 hp dan 680 Nm.

bmw-8-series-convertible-teaser (1)

Ia kemungkinan besar akan tiba pada tahun 2019, diikuti dengan model empat pintu Gran Coupe.

Previous post

Teluk Intan Milik Pasukan CKJ Racing

Next post

PROTON Mencatat Satu Lagi Pencapaian Bulanan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *