Cabaran Proton 1-Tank Adventure Menerusi Pandangan Jasmine Suraya
Jasmine Suraya merupakan salah seorang selebriti yang dijemput Proton untuk menyertai 1-Tank Adventure (1-Tank) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman peribadi beliau berdasarkan pemanduannya bersama kereta Proton.
1-Tank Adventure merupakan inisiatif Proton untuk memberi pengalaman kepada para peserta menyaksikan sendiri kecekapan minyak kereta Proton. Untuk cabaran ini, Proton mengetengahkan tiga model popularnya yang menjadi pilihan rakyat Malaysia iaitu Saga, Persona dan Iriz. Para peserta dikehendaki untuk memandu kereta mereka mengikut laluan yang telah ditetapkan, yang mempunyai jarak melebihi 600 km melalui jalan raya, jalan kecil, jalan utama serta jalan berbukit untuk melihat sama ada mereka mampu melaluinya dengan menggunakan SATU tangki penuh sahaja.
Bagi Jasmine Suraya, beliau memilih Saga untuk melihat sendiri kelebihan kereta tersebut dan yang paling penting adalah sama ada model tersebut mampu menyahut tema cabaran ditetapkan iaitu melalui perjalanan melebihi 600 km dalam satu tangki. Selain dari kerana kecintaannya pada kereta nasional, beliau sangat teruja menyertai cabaran ini sehingga ke penamat, di mana perjalanan telah bermula di Kulai, Johor, dan berakhir di Hotel Parkroyal di Pulau Pinang. Sememangnya beliau seorang yang profesional ketika memandu kereta. Apa yang paling dikagumi adalah sikapnya yang bersahaja. Sementara mereka yang lain meragui keupayaan kereta kebangsaan itu, beliau penuh keyakinan terhadap kemampuan kereta tersebut.
Pandangan Jasmine mengenai 1-Tank Adventure
Beliau berpendapat bahawa ia adalah kempen yang bagus oleh Proton. Aktiviti tersebut memberi peluang kepada syarikat untuk beramah mesra bersama para peserta, dan memberi pengalaman kepada orang ramai untuk memandu kereta Proton melalui perjalanan yang berliku.
“Bagi saya secara peribadi, aktiviti seperti ini mewujudkan semangat keakraban, di mana para peserta boleh bertegur sapa dengan mereka yang turut memandu Proton anda di lebuh raya, dan saling memberi semangat antara satu sama lain. Ini merupakan satu pengalaman yang mengagumkan di mana kita boleh melihat penglibatan orang ramai dan bersorak pada jenama nasional”.
Pengalaman beliau mengenai 1-Tank Adventure
Jasmine berkongsi dengan teruja mengenai pengalamannya yang paling tidak dapat dilupakan semasa 1-Tank iaitu ketika beliau dalam perjalanan laluan akhir dari Gunung Lang ke Juru. Beliau berkata, “Kereta kami hanya tinggal kira-kira satu bar dan ketika itu kami mempunyai lebih kurang 140 km lagi. Kami (bersama pembantu pemandu) memang memandu secara berwaspada pada ketika itu untuk sampai ke Juru sebelum masa tamat. Ketika itu, kami berasa seperti bertanding di dalam Amazing Race.”
Perjalanan yang penuh cabaran itu sememangnya sangat berbaloi apabila beliau (sebagai pemandu) berjaya memandu Saga miliknya dengan hasil purata 4.18L/100km. Keputusannya sangat mengagumkan, dan beliau boleh menjadi salah seorang pemenang sekiranya beliau bukan berada dalam kategori selebriti. Secara keseluruhannya, beliau berjaya memandu sehingga ke destinasi terakhir dengan jumlah jarak sejauh 704km, dengan hanya satu tangki minyak penuh.
Pendapat Jasmine mengenai kereta Proton dan pengalaman memandunya
Pada pendapat beliau, “Saya memikirkan sebuah jenama yang mampu memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Saya fikir apabila kereta pertama dilancarkan, pelbagai model yang datang selepas itu. Saya berfikir mengenai kenangan, apabila waktu muda saya bersama rakan memandu kereta Proton sebaik sahaja mereka mendapat lesen memandu. Ianya sungguh nostalgia”.
Apa yang menarik mengenai kereta Proton
Jasmine kini memiliki sebuah Proton Saga generasi ketiga. Apabila ditanya apa yang bagusnya mengenai kereta Proton, yang mana orang lain mungkin tidak sedar, tetapi ianya sesuatu yang perlu mereka ketahui. Beliau berkata, “Saya telah memandu Saga sejak beberapa bulan lalu dan komen paling popular yang saya dapat dari kawan-kawan adalah kamera pandang belakang dan beberapa titik pengecasan (USB). Di samping itu, saya sangat menyukai fungsi Bantuan Pemanduan Eco yang membolehkan saya menjadi lebih peka dengan kelajuan kereta saya, di mana ianya juga membantu menjimatkan minyak pada perjalanan yang jauh. Butang audio pada roda stereng juga sangat cool!”.
Kereta-kereta Proton dan makna menjadi rakyat Malaysia
Jasmine sememangnya seseorang yang sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia. Seorang warganegara Malaysia yang benar-benar mengagumi Yuna dan menyokong Pasukan Bola Sepak Kedah, dia selalu meletakkan Proton sebagai tumpuan.
Apabila beliau memikirkan tentang Proton, beliau berkata, “Saya fikir bagaimana Proton telah mencatat sejarah Malaysia. Saya amat bangga menjadi seorang rakyat Malaysia, dan melihat jenama-jenama terkenal seperti Proton yang berkembang selama beberapa dekad menjadikan saya percaya bahawa kita mampu melakukan perkara yang hebat.”
No Comment