Chevrolet Colorado ZR2 Bison Trak Pikap Prestasi Tinggi
Colorado ZR2 Bison merupakan varian prestasi tinggi terbaru dalam barisan trak pikap saiz pertengahan Chevrolet. Ia juga adalah produk pertama yang dihasilkan menerusi kerjasama American Expedition Vehicles (AEV), sebuah syarikat aftermarket off-road premium.
Antara kelebihan Bison adalah ia mempunyai undercarriage yang lebih lasak dengan lima skid plate yang melindungi enjin, tangki minyak, transfer case serta differential depan dan belakang. Direka oleh AEV, plat tersebut diperbuat daripada besi boron. Turut dilengkapi adalah bampar besi dengan titik winch dan lampu kabus pada bahagian hadapan dan cangkuk di bahagian belakang.
Penampilannya turut dipertingkatkan menerusi gril dengan tulisan ‘Chevrolet’, gerbang roda lebih lebar serta rim 17 inci yang dibalut tayar Goodyear Wrangler Duratrac bersaiz 31 inci. Selain itu, logo Bison dan sulaman AEV turut menghiasi model ini.
Kelengkapan lain adalah sama seperti Colorado ZR2 dan ia termasuk differential depan dan belakang, peredam Multimatic DSSVTM, transfer case Autotrac dan lengan kawalan besi. Ia juga mempunyai gandar belakang dengan nisbah 3.42 dan suspensi kilang yang lebih tinggi berbanding Colorado Z71 sebanyak dua inci.
Bison didatangkan standard dengan enjin 3.6-liter V6 dan transmisi automatik lapan kelajuan, namun pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan versi Duramax 2.8-liter dengan transmisi automatik enam kelajuan. Kelengkapan lain seperti snorkel turut ditawarkan oleh AEV.
Jualan bagi model ini bermula pada Januari 2019.
No Comment