Honda Bakal Pamer CR-V Hybrid di Paris Motor Show 2018
Acara Paris Motor Show 2018 yang akan berlangsung pada bulan hadapan bakal menyaksikan kehadiran beberapa kenderaan Honda, termasuk CR-V Hybrid versi pasaran Eropah.
Model ini menampilkan powertrain hibrid Intelligent Multi Mode Drive (i-MMD) yang terdiri daripada enjin petrol 2.0-liter dan sebuah motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 184 PS dan 350 Nm.
Ia ditawarkan dalam versi pacuan roda hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD). Menurut Honda, varianl FWD mempunyai tahap pelepasan CO2 sebanyak 120 g/km dengan tahap penggunaan bahan api 5.3 l/100km manakala varian AWD mencatat 126 g/km dan 5.5 l/100km.
Sistem i-MMD tersebut menawarkan tiga mod iaitu EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive, dan akan bertukar secara automatik mengikut keadaan dan cara pemanduan.
CR-V Hybrid akan dipamerkan bersama-sama dengan varian petrol dan versi tujuh tempat duduk yang lebih praktikal.
No Comment