Honda Malaysia Tawar Bonus Berganda Untuk Model Terpilih
Bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-70 dan Hari Malaysia pada bulan ini, Honda Malaysia telah melancarkan kempen Double Joy yang menawarkan rebat berganda sehingga RM20,000.
Menerusi kempen ini, pelanggan berpeluang untuk mendapatkan rebat bernilai dari RM2,500 hingga RM20,000 bagi model terpilih yang didaftarkan dari 1 September hingga 30 September 2018.
Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan juga layak untuk menyertai pertandingan Joy of Buying, di mana mereka berpeluang untuk membawa pulang salah satu daripada tujuh buah Honda City yang ditawarkan sebagai hadiah utama selama tujuh minggu.
Menurut Honda Malaysia, sepanjang tiga bulan tempoh cuti cukai iaitu dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2018, ia merekodkan jualan lebih 35,000 unit, mewakili 47% daripada jumlah jualan dari Januari hingga Ogos 2018.
Sepanjang tiga bulan tersebut, City merupakan model paling popular dengan pecahan jualan sebanyak 35%, diikuti oleh Civic dengan 17% dan Jazz dengan 15%.
Honda Malaysia akan terus menggalakkan pasaran dengan kempen dan produk yang menarik. Selain HR-V baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi, syarikat itu juga akan mengumumkan harga terkini bagi model hibrid pemasangan tempatan (CKD) sebaik sahaja ia dimuktamadkan.
No Comment