Honda Malaysia Umum Harga Baharu Selepas SST
Honda Malaysia telah mengumumkan harga baharu bagi semua modelnya berikutan pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018.
Model pemasangan tempatan (CKD) iaitu Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V dan Accord kini dijual pada harga dari RM70,242 hingga RM169,398, manakala model CBU iaitu Odyssey dan Civic Type R masing-masing berharga RM258,896 dan RM330,002.
Cukai SST melibatkan kadar 10% bagi jualan dan 6% bagi perkhidmatan. Perkhidmatan selepas jualan pula akan dikenakan cukai sebanyak 6% bagi kos buruh.
Berikut adalah senarai harga terkini bagi setiap model Honda yang dijual di Malaysia:
No Comment