Honda Monkey Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia
Boon Siew Honda telah melancarkan motosikal mini yang ikonik iaitu Honda Monkey. Model ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu Pearl Nebula Red, Pearl Glittering Blue dan Banana Yellow, dengan harga bermula dari RM13,999.
Dibina berasaskan MSX 125, Monkey dikuasakan oleh enjin sejukan udara bersesaran 125 cc silinder tunggal yang menghasilkan 9.6 hp pada 7,000 rpm dan 10.5 Nm pada 5,500 rpm. Dilengkapi dengan teknologi suntikan bahan api, enjin tersebut dipadankan dengan transmisi empat kelajuan.
Monkey baharu menampilkan imej retro seperti model asal dan dipadankan dengan ciri-ciri moden seperti lampu utama dan belakang LED, lampu isyarat LED, serta meter digital LCD dengan penunjuk bahan api. Ia juga dilengkapi dengan ruang penyimpanan alatan penyelenggaraan dan penggera dengan Answer Back System.
Walaupun bersaiz agak kecil, ketinggian tempat duduk adalah sama seperti motorsikal biasa iaitu 775 mm. Penyerap hentak berkembar di belakang dengan jarak pergerakan sebanyak 4 inci memberikan memberikan tahap keselesaan yang setara dengan motosikal yang jauh lebih besar.
No Comment