Sukan

Izzat Mahu ‘Curi’ Podium

Md Izzat Zaidi Salehan akui bukan tugas mudah untuk mencuri kedudukan podium dalam saingan CP150 namun yakin kerja keras sepasukan mampu membawa kejayaan kepada pasukan mereka menjelang perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Sabtu dan Ahad ini.

BHP

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu sentiasa mempamer aksi konsisten berada di kelompok hadapan namun masih gagal memecah monopoli barisan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dan PETRONAS Spritna Yamaha Maju Motor yang menguasai kesemua kedudukan podium kecuali tempat ketiga di Jasin sepanjang empat pusingan lepas.

Izzat kini menghuni tangga keenam keseluruhan dengan 34 mata, 56 mata di belakang pendahulu, Ahmad Afif Amran.

NRP_1834

“Saya perlu mengkaji dimana kelemahan saya sewaktu di litar kerana jika diukur dari kepantasan jentera, kami tidak ketinggalan jauh berbanding pasukan lain, dan kami bertiga sentiasa menempatkan diri dalam kelayakan Superpole.

“Walaupun pelumba kedua-dua pasukan tersebut begitu mendominasi saingan, namun tidak ada yang mustahil dalam perlumbaan seperti ini. Malah perlumbaan juga sudah memasuki pertengahan musim, saya yakin semua pasukan juga sudah mula mencapai tahap terbaik mereka. Pastinya perlumbaan di Teluk Intan minggu ini semakin sengit,” jelas Izzat.

Previous post

Pelanggan Bertuah Bawa Pulang Ford Fiesta Sempena Ulang Tahun Extravaganza ke-10 SDAC

Next post

Produksi Porsche Macan 2019 Bermula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *